Che Ibrahim
ADAKAH SAH NIKAH DENGAN BERMASKAHWINKAN AURAD MUHAMMADIAH??
Ambo ada dengar (hearsay jah ni) ada pengikut GISB yang berkahwin dengan maskahwinnya ialah "Aurad Muhammadiah", apa hukummnya, adakah perkahwinan itu sah?
Ambo jawab maskahwin ni bukan rukun dan bukan syarat kepada sahnya nikah, tapi dia wajib diberi kepada si isteri. Kalau maskahwin itu tidak disebut masa akad, atau maskahwin yang disebut itu tidak ada nilai di segi syarak, maka dia kena bayar mahar mithil @ maskahwin yang setara bagi bagi keluarga wanita itu, nikahnya tetap sah, wanita tersebut berhak "tidak menyerah dirinya" kepada suaminya selagi maskahwin tidak dilunaskan.
Adakah "Aurad Muhammadiah" ada nilai syarak dan boleh dijadikan maskahwin??..wallahu'alam, alik ambo kata takdak nilai syarak dan tidak boleh dijadikan sebagai maskahwin.