SALAH ATAU TIDAK?

 Nazri Hamdan


Pandangan saya begini:



Pertama; bukan soal kerajaan hukum mereka atau tidak. Soalnya samaada mereka langgar undang-undang atau tak.


Kedua; bukan soal menghukum perniagaan, tapi soalnya menghukum manusia jika di dapati bersalah. Perniagaan boleh bersilih ganti. Jika ditutup sekali pun, orang yang sama boleh buat lagi dengan jenama lain jika mereka masih bebas.


Ketiga; jika tiada tindakan diambil, maka akan lebih ramai orang tak bertanggungjawab di luar sana akan terus gunakan imej Islam untuk kepentingan sendiri. Sebab, pada mereka, kalau imej Islam sahaja, jangan sentuh sebab nanti ancam Islam.