IKAN BUSUK MULA DI KEPALA


Takiyuddin, selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), telah menimbulkan kemurkaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, susulan kenyataannya bahawa kerajaan tidak akan menasihati Baginda untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat 1 Ogos 2021. Beliau dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, pada Isnin, 19 Julai 2021, menegaskan, kerajaan memutuskan semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan berkuatkuasa 21 Julai tahun tersebut.