Ambo dulu amat rapat dengan beberapa orang kuat Al Arqam, satu hari dia naik kereta ambo, masa tu ambo seorang Hakim Mahkamah Syariah, tapi kereta ambo hanya Toyota KE 30 yang berumur lebih 15 tahun.
Dia kata syeikh.. enta tak layak pakai kereta ni, kena pakai kereta baru....
Ambo jawab, sheikh... ana mana ada duit, nak pinjam loan, semua sistem riba...
Dia kata, Mai ana tolong, kita ke kedai kereta ana di Melaka. Enta pilih nak kereta mana, ana jual ikut sistem Islam...
Ringkas cerita, ambo pun ke Melaka, dia bawa masuk Dari satu kedai ke satu kedai kereta terpakai.... Dlm hati ambo, banyaknya kedai dia, tapi kenapa yang urus semuanya cina???
Akhir Kalam ambo pun berkenan satu kereta, dia kata ok syeikh, enta tunggu di luar, ana urus.....
Tak lama selepas TU ambo pun balik lah ke Kelantan dengan kereta tersebut setelah semua urusan jual beli secara Islam di sempurnakan....
Takdir tak lama selepas tu ambo terjumpa surat perjanjian jualbeli kereta tersebut dgn sebuah bank kapitalis!!!!
Maknanya dia jual ke ambo "secara Islam", tapi dia beli kereta tersebut di kedai jual kereta secara tidak Islam, buat loan dgn bank kapitalis!!!