Ketika ramai berteka-teki mengenai hala tuju Kim Pan-gon selepas meninggalkan Harimau Malaya, bekas pengendali negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
Lebih menguatkan spekulasi itu ialah keadaan terkini kelab itu, yang kehilangan pengurus mereka, Hong Myung-bo, selepas dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Korea Selatan pada 8 Julai lalu.
Terdahulu, Pan-gon mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media khas hari ini biarpun kontraknya masih berbaki setahun.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews