SAMBUTAN AIDILFITRI DI KEDAH

 










Di sebelah malam, saya bersama-sama Menteri Besar Kedah serta Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri meraikan Syawal di Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Kedah di Jitra.


Saya zahir penghargaan buat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Kedah yang memberikan kerjasama penuh dalam penganjuran sambutan Aidilfitri ini meskipun berbeza pandangan politik.


Dalam ucapan, saya maklumkan betapa Kedah punya peranan penting dari segi pengeluaran hasil padi dan menjamin keterjaminan makanan, namun pada masa sama kelompok penanam padi di negeri ini kekal miskin.


Justeru, saya tekankan betapa kementerian dan agensi persekutuan perlu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk melaksanakan usaha-usaha membangunkan negeri Kedah, khususnya bagi membasmi kemiskinan.


Ini termasuklah usaha meningkatkan pendapatan petani menerusi lonjakan hasil padi yang memerlukan perbelanjaan RM5 bilion daripada Kerajaan Persekutuan.


Saya turut singgung soal akhlak dan adab dalam perbezaan pandangan. Islam mengizinkan kita berbeza pandangan dalam soal tafsiran, pendekatan, strategi dan keutamaan, namun ia perlu diuruskan secara beradab dan berhemah.


Semoga perbezaan yang ada tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi manfaat dan kesejahteraan rakyat.


#MalaysiaMADANI



No comments: