BUKAN LAGI SUMBER SAHIH RUJUKAN


MSO




 Selain menghadapi pembangkang kerajaan juga terpaksa berdepan dengan spekulasi berita yang dimainkan oleh media massa. Media yang bersifat judis dengan kerajaan bukan sahaja media berpengkalan di luar tetapi media massa yang berpengkalan di hadapan tangga juga.


Mereka tidak buat spekulasi secara langsung tetapi akan bersandar kepada laporan media asing dengan memetiknya laporan belum sahih untuk disiarkan. Atau untuk dilihat rasional meminta pihak kerajaan mengulasnya. Kalau sudah jelas ia bohong sepatutnya tak payah minta komen. Komen itulah yang memberi persepsi negatif.


Sebagai contoh baca berita seperti dipetik oleh portal ini ia memberi gambaran tentang harga petrol dan desel akan naik. Walaupun berita ini cuba bersikap adil dengan cuba mendapat penjelasan pihak kerajaan tetapi moral beritanya untuk memberi tahu orang ramai yang harga minyak akan naik ataupun sudah berlaku kenaikan.


Dalam hal ini tidak ada rasa tanggungjawab media ini untuk menenangkan keadaan sebalik turut menyumbangkan suasana panik dikalangan rakyat dengan memainkan isu berkenaan. Laporan atau frasa dalam laporan itu jika diguna pakai oleh pemain media memberi gambaran yang buruk kepada kerajaan apa lagi disaat pirake KKB


Sepatut kementerian Komunikasi mengawasi berita atau laporan yang boleh ditafsirkan negatif kepada kerajaan dengan membuat spekulasi. Trims.