SIANG HANG SAMBUT DIA MAI KEDAH.. HANG TUNDUK MACAM SEMBAH TOKONG... MALAM HANG MAKI DIA BAB AKHLAK.. QAZAF TU.... MACAM LA AKKAK HANG BAGUIH SANGAT.

 

Usai program-program di Perak, saya ke Alor Setar, Kedah dan langsung ke Wisma Darul Aman untuk mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri Kedah.










Taklimat ini dihadiri Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor serta Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, manakala pihak Kerajaan Persekutuan diwakili Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Ketua Setiausaha Negera serta pengurusan-pengurusan kanan lain.


Seperti kelaziman taklimat pembangunan di negeri-negeri, saya hadir bagi mendengar sendiri pandangan dan cadangan pembangunan daripada Kerajaan Kedah, terutama bagi menyelaras keutamaan antara persekutuan dan negeri.


Pelbagai projek pembangunan dan perancangan seperti menaik taraf dan membina infrastruktur kemudahan rakyat telah dibentang dan dibincangkan, merangkumi aspek keterjaminan makanan, infrastruktur asas, pembangunan kawasan, pelancongan dan pendidikan.


Keutamaan saya pastinya mengenai miskin tegar. Dalam taklimat, saya dimaklumkan terdapat kira-kira 2,500 keluarga masih berada dalam kelompok miskin tegar di Kedah. Saya arahkan agensi persekutuan untuk segera menyelaras tindakan bersama kerajaan negeri dengan sasaran membasmi miskin di Kedah dalam tempoh dua bulan.


Menteri Besar Kedah turut maklumkan inisiatif kampung tersusun oleh kerajaan negeri untuk membantu golongan termiskin di negeri itu. Saya minta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengadakan perbincangan lanjut dan menjadikan projek ini sebagai keutamaan.


Saya tekankan kepada kerajaan negeri dan kementerian untuk melihat projek-projek berimpak tinggi yang memberi kesan langsung kepada penduduk Kedah keseluruhannya. 


Saya turut maklumkan ramai pelabur yang berminat untuk melabur di Kulim serta beberapa negeri lain, namun menuntut negara menyediakan sumber tenaga berkemahiran tinggi yang mencukupi. 


Sehubungan itu, saya meminta Timbalan Perdana Menteri untuk melihat isu bagaimana untuk meningkatkan penghasilan pelajar-pelajar TVET bagi memenuhi permintaan industri berteknologi tinggi. 


Kementerian Kerja Raya juga diminta melihat semula keutamaan perancangan pelaksanaan projek-projek infrastruktur mengikut kesesuaian permohonan diperingkat negeri. 


Saya juga bersetuju supaya sebahagian daripada keluasan kawasan yang diwartakan sebagai tanaman padi dikeluarkan bagi memberi ruang kepada potensi pembangunan industri, komersial dan perumahan dilaksana di Kedah, sekali gus melonjakkam hasil negeri.


Semua kementerian dan agensi perlu beri perhatian khusus dan segera bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi di Kedah, bagi memastikan rakyat negeri ini terutama di luar bandar dapat menikmati manfaat jangka panjang.


#MalaysiaMADANI



No comments: