PERBUATAN APA SEKALI PUN TERHADAP AGAMA IANYA TIDAK PATUT BERLAKU.


Jamzuri Ardani



 Orang yang guna akal, bila berlaku kes campak kepala babi dalam masjid depa tak terus melompat marah-marah.  


Memanglah masjid tu tempat suci dan perbuatan itu satu penghinaan terhadap agama Islam. Tapi itu bukan akhir ceritanya. 


Kita kena kaji motif. Kena kaji fakta kes. Barulah kita buat kesimpulan berdasarkan fakta. 


Bagi setengah orang, ini pendekatan orang yang tidak sensitif dengan agama. Tidak ada maruah. Iman tipis. Siap guna ayat Buya Hamka suruh pakai kain kafan.  Padahal Buya Hamka maksudkan perkara yang lain. 


Bagi mereka kalau boleh nak terus asah parang. Bakar semangat. Heads must roll. Itu baru betul jaga maruah Islam. Itu baru betul orang beriman. Mereka sangka itulah yang Islam ajar. 


Mereka tak ambil peduli untuk bertanya kenapa kepala babi hutan, dan bukan kepala babi di pasar. 


Mereka tak ambil peduli pun untuk tanya kenapa kepala babi yang dicampak itu dimasukkan dalam karung guni dan beg plastik ... seolah-olah penjenayah yang campak itu pun geli nak pegang kepala babi. 


Bila kita mula tanyakan soalan-soalan ini, maka kita akan dituduh dengan pelbagai tuduhan yang buruk. 


Lepas itu kita mengeluh kenapa umat Islam mundur. Padahal, tak kiralah umat apa pun ... kalau jenis malas guna otak dan hanya bertindak ikut emosi memang akan mundur.



No comments: