AKSES KESIHATAN RAKYAT SARAWAK TERUS DITINGKATKAN





KKM sentiasa komited dalam memastikan akses kesihatan yang saksama untuk semua rakyat di seluruh negara termasuk negeri Sarawak. 


Beberapa inisiatif penting telah dan akan dilaksanakan. Perbincangan pembinaan Pusat Kanser Sarawak bersama Kerajaan Negeri sedang giat dijalankan, RM8.7 juta telah dibelanjakan pada 2023 untuk membaik pulih dan menaik taraf 39 buah klinik. Usaha ini akan diteruskan pada 2024 dengan peruntukan RM19 juta untuk 39 buah lagi klinik bagi kerja-kerja yang lebih komprehensif. KKM juga merancang pembinaan Klinik Kesihatan Sungai Asap yang baharu dan komprehensif di bawah RMK-13. Setakat ini, RM450 ribu telah diperuntukkan pada tahun ini bagi menaik taraf kemudahan sedia ada di klinik berkenaan. Dengan pelbagai usaha ini, KKM berharap dapat terus meningkatkan akses kesihatan yang berkualiti kepada rakyat Sarawak.


 #SarawakMajuMakmur #KKM #kesihatanuntuksemua



No comments: