Travel..Living and Tour

 


Travel..Living and Tour


Harga kem site...






Harga masuk kem site yg lengkap secara "package" sepanjang pengalaman aku sekitar GBP 10.00 - GBP 55.00 utk satu malam.


Hanya sekali aku dikenakan GBP55.00 utk satu malam kerana kem site tu berada di kawasan "MASS TOURISM" iaitu di HALLSTATT (Sebutan Hers Stat)/OBERTRAUN . Kawasan ini penduduk asal hanya 700 org tetapi menerima kunjungan melebihi 100 000 pelancung sehari.


Apa yg menarik GBP55.00/hari utk 2 org ini termasuk sarapan pagi (Buffet - Western Breakfast) dan "welcome drink".


GBP 55.00 ni kem site yg kategori PRIVATE SERVICE yg mana setiap servis disebelah tapak (Elektrik/Sink/Desk (Garden Table)/Grey water dispose/Black water chamber) .


Purata harga kem site di UK yg "sharing facilities" tetapi lengkap sekitar GBP 10.00  sehingga GBP 25.00 utk 2 org. Kalau di Eropah lebih murah 20% dari kadar UK. 


Kem site yg melebihi nilai GBP 15.00 kebanyakan HARDSTANDING dan juga GRAVEL/Stone chipping dan sangat rata. Jarang menggunakan WHEEL LEVELLING BLOCK.  Bawah nilai GBP 10.00 rata2 "Grass pitch" dan "surface" kurang cantik  ataupun permukaan kurang rata tetapi masih boleh dilaraskab dgn pelarasan blok tayar .


Bagi aku kadar antara MYR 25.00 - MYR 50.00 seauatu yg bole di terima pakai utk di Malaysia . Ada yg kini telah cecah RM70 - RM 100.00 semalam...dan bagi aku sangat MAHAL..


Congak pengiraan begini.








Guna hanya nombor tanpa simbol matawang.


Contoh gaji jurutera tanpa kelayakan di iktisas sekitar 3000 di UK dan juga Malaysia. Nombor bole dikatakan sama baik di UK mahupun Eropah (Simbol MYR..£ dan €)  sahaja berbeza.


Kadar 100 utk kem site di Malaysia utk gaji 3000 adalah lebih tinggi nilai berbanding di Eropah hanya 55 vs gaji 3000 di Eropah . Hanya satu kem aku jumpa harga sebegini dari beratus kem site di dalam 34 negara Eropah yg aku kembara . Dan paling mahai aku jumpa di Malaysia ..sebuah negara baru di dalam peta industri camper


Kadar 100 utk "basic faciiities" merupakan kadar yg tinggi utk satu camper.  Ada ketikanya "TIADA LINGKUP PRIVACY"... Kualiti bilik mandi dan tandas pun ala kadar termasuk pencahayaan di dalam bilik mandi .


Istilah hobi yg MAHAL selalu digunakan menyebabkan PENGUSAHA mengambil kesempatan kpd pemilik camper di Malaysia. 


Bukan hanya pengusaha secara individu tetapi juga dari agensi kerajaan yg mengusahakan tapak kem juga mengambil kesenpatan kpd pemilik camper.


Harga tinggi akan membunuh industri pelancungan yg sangat baru berkembang di Malaysia. 


Mereka pengusaha sepatutnya secara SIMBIOSIS menarik dan berusaha mengembangkan industri "CAMPER TOURISM" ini. Mereka sepatutnya menyokong utk kembangkan lagi industri ni. Jangan fikirkan "SHORT TERM ROI". Industri camper bukanlah sesuatu yg SEASONAL. Lihatlah Perancis.. Croatia.. Spain..bagaimana industri ni memberi pulanngan secara mikro terhadap ekonomi mereka.


Kadar MYR100.00 menyebabkan pemilik camper bole beralih ke HOTEL dan juga HOMESTAY.


Rata-rata pemilik camper Malaysia lebih mirip utk menyokong industri pelancungan camper di Malaysia dan mengembangkan. Tetapi sekiranya harga GILA DAN MELAMPAU...Kemungkinan besar nereka akan BOIKOT ....Secara amnya pemilik camper MAMPU utk INDEPENDENT tanpa tapak.  Kenderaan masing2 lengkap dgn INDEPENDENT SOURCE spt elektrik dan juga air . Tiada masalah utk 3 atau 4 hari. MEREKA INI TIDAK AKAN MASUK KEM SITE.


Sekiranya AGENSI KERAJAAN membuat polisi TIDAK MEMBENARKAN camper parking di tempat letak kereta awam, akan memberi impak jangkamasa panjang terhadap pelancungan setempat. PRECEDENt case telah berlaku di England 15 tahun yg lalu... Local Counsil try to be champion on Restriction ... ramai  campers keluar dari England utk bercuti di Scotland dan EU.  England mempunyai hampir 600k campers/RV yg street legal. Sekiranya seorang dari mereka mengisi bahan bakar sebanyak 100 gallon (400 liter) di dalam perjalanan..sudah bole congak berapa banyak "kehilangan pengaliran matawang"...Belum cerita makan minum lagi...


Apakah kemungkinan Thailand atau negara ASEAN yg lain akan menjadi tumpuan campers Malaysia??


Atas alasan keperluan utility guna elektrik dan air? Tak mungkin... Pemilik campers sgt bijak membuat congak. Kadar main grid (TNB) Malaysia sekitar MYR 0.70 per kW h dan kadar air MYR2.00/m³ (SYABAS). 1 m³ bersamaan 1000 liter. (5 kali utk penuhkan tank air van saya)... atau bole mandi 6 kali sehari (mengikut kadar UN 165 liter penggunaan air isi rumah utk sorang setiap hari). Tak kan kadar ini pun diniagakan melebihi manipulasi nilai kaunter saham.


Bolelah buat anggaran kiraan sendiri samada betbaloi utk masuk kem yg melampau harga atau BOIKOT sahaja. Wang bole digunakan utk menyokong industri lain seperti penjaja kecil...penjaja jalanan...tabung mesjid...rumah anak yatim  dan sebagainya.


Kadar maksima yg bole diterima pakai sekitar MYR50.00. Melebihi dari itu kena ada "ADDED VALUE" yg lain yg "nampak mcm GAH" utk menarik pemilik camper masuk dan "RATING 3 STAR" dgn kemudahan. Kalau "TREATED WATER" pun tiada MYR50.00 tu masih dikira mahal.


Mungkin ramai yg mampu utk membayar RM100.00 utk satu malam tetapi apakah berbaloi dgn nilai.


Komen aku sepanjang di Malaysia.. hanya satu site yg betui2  "AT PAR" adalah TELUK BATIK Camp site dgn kadar MYR50.00 semalam (Dengar kata telah dinaikan harga) dan aku bagi 2.5 STAR RATING. 


Kemungkinan akan ada org berkata "LEARNING CURVE" tapi bagi aku... sudah sudahlah menunggang perkataan "LEARNING CURVE" utk sedapkan diri sendiri. Teringat kata2 cucu aku... "Grand Pa..that not rocket science"....


Saya tiada kepentingan apa2... Bole bincang secara ilmiah...


"Tapak kem depa punya...duit aku punya... klu mahai tok sah masuk...klu dak pun BOIKOT ja" Semua ada akai utk pikiaq dan analisa....


Nizam Awami

18 Feb 2024.


***********



No comments: