JENTERA KOMUNIKASI OK.. MENTERI KENA TUKAR.

 


Hari ini hadir menyempurnakan penutupan Permukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Unit Komunikasi Korporat, yang menjadi kesinambungan daripada Permukiman Jemaah Menteri bulan lalu.


Saya letakkan jangkaan amat tinggi terhadap prestasi dan gerak kerja Setiausaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat yang punya peranan penting menyebar luas dasar, inisiatif dan pencapaian Kerajaan.


Jentera utama komunikasi Kerajaan ini punya peranan penting merangka strategi komunikasi dan naratif berkesan bagi melawan fitnah dan tipu daya pihak-pihak tertentu yang menangguk di air yang keroh terhadap usaha Kerajaan merungkai masalah rakyat dan mengangkat kembali martabat negara ini. 


Usaha dan pendekatan yang diambil tidak akan membawa hasil yang segera, tetapi apa yang pasti rakyat mendapat manfaat dalam tempoh jangka masa panjang. 


Saya amat berkeyakinan permukiman ini dapat memperbaiki dan memperkukuh usaha Kerajaan dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan terus kepada rakyat.


#MalaysiaMADANI



No comments: