[panas] MB LATO LATO HINA KEHAKIMAN? SPRM AZAM BAKI NAFI TUDUHAN PEGUAM!


Dakwaan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa ada pihak ‘diternak’ supaya sistem perundangan Islam bertembung dengan perundangan sivil merupakan penghinaan kepada institusi kehakiman Malaysia dan bersamaan dengan perbuatan menghasut. Ini penghinaan kepada institusi kehakiman. Ia salah dibawah seksyen 3 dan 4, Akta Hasutan. Mahkamah boleh mengarahkan pendaftar untuk membuat laporan polis terhadapnya,” kata pengerusi KANUN, Dr Dzulqarnain Luqman ketika dihubungi Harapan Daily. Beliau berkata demikian sebagai balasan kepadatuduhan Sanusi. Sanusi mendakwa bahawa hakim-hakim yang ada sekarang ‘diternak’ selama berdekad-dekad untuk mewujudkan pertembungan di antara undang-undang sivil dan syariah. Perkara ini timbul ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa 16 peruntukan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (2001) Kelantan adalah tidak sah selepas kes ini difailkan oleh peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid ke atas ke atas kerajaan Kelantan. Dzulqarnain yang juga merupakan seorang peguam turut berkata bahawa dakwaan Sanusi merupakan cetusan pandangan presiden Pas, Tun Abdul Hadi Awang yang dilantunkan semula. Sumber Berita 1. https://harapandaily.com/2024/02/17/s... 2. https://harapandaily.com/2024/02/16/r...


No comments: