[GEMPAK] PEGUAM CABAR AGONG TOLAK DARURAT MUHYIDDIN KETIKA JADI PERDANA ...


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam mengisytiharkan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang tidak boleh diadili oleh mahkamah. Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam penghakimannya berkata meskipun pengisytiharan Darurat dilakukan oleh YDPA mengikut Perkara 150, Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan tidak bercanggah dengan struktur asas Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dibatalkan di bawah Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. "Walaupun peruntukan perlembagaan itu dari segi klausa penyingkiran akan dianggap sebagai ‘menutup pintu-pintu mahkamah’ kelihatan agak keras dan tidak adil, penyelesaiannya terletak kepada badan perundangan dan bukan mahkamah," katanya keputusan membabitkan saman pemula difailkan oleh peguam Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar. Sumber Video/Berita 1. FB Bro ISwardy 2. https://www.malaysiakini.com/news/696318






No comments: