ANWAR DAN PROBOWO

 🇲🇾 & 🇮🇩

AHMAD NORAZLAN






Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman dan Presiden Pertama Indonesia, Sukarno saling bertemu.


Hubungan yang awalnya baik berakhir dengan persengketaan melalui Konfrontasi dan kempen Ganyang Malaysia oleh Sukarno.


Faktor kepentingan politik semasa telah menyebabkan kedua-dua pemimpin dan negara berseteru.


Namun ianya dipulihkan semula oleh Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Razak dan Presiden kedua Indonesia, Suharto.


Perdana Menteri terkini Malaysia, Anwar Ibrahim dan Presiden terkini Indonesia, Prabowo Subianto diharap dapat melestarikan lagi hubungan kedua-dua negara.


Jangan pula faktor ekonomi akan menyebabkan kedua-dua pemimpin dan negara berseteru seperti dahulu.


Anwar dan Prabowo telah lama kenal satu sama lain.Prabowo juga memiliki kenangan menetap dan bersekolah di Malaysia ketika remaja, setelah bapanya lari meninggalkan Indonesia di zaman pemerintahan Sukarno.


Ketua Negara Malaysia, Yang Dipertuan Agong juga telah perkenan bertemu Ketua Negara Indonesia, Presiden Prabowo sebelum  kedua-duanya menjadi Agong dan Presiden.




No comments: