SELAMA INI PIMPINAN PN/ PAS TAK KECOH. JADI MEREKA HANYA HIPOKRIT

 


Pada 25 Februari 2021, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan cabaran undang-undang Iki Putra yang didakwa kes liwat di Mahkamah Syariah Selangor.


Masa tu, PAS/PN menguasai Putrajaya. Namun tiada apa tindakan yang diambil oleh kerajaan pada waktu itu untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.


Setelah DS Anwar menjadi PM, sebuah JK khas telah ditubuhkan bagi maksud untuk mengkaji kompetensi DUN untuk menggubal undang-undang Islam oleh MKI (Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam), dipengerusikan oleh DYMM Sultan Selangor.


Kalau ingat kes MP DAP, Ngeh Koo Ham yang dituduh masuk campur dalam urusan Islam, ituah kesnya. Bila tu? Sekitar bulan November tahun lepas.


Bermakna sebelum keputusan mahkamah berkenaan kes Nik Elin ini keluar lagi sudah ada usaha kerajaan bersama MKI untuk perkasakan Mahkamah Syariah.


Jauh berbeza ketika PAS/PN memerintah dahulu. Biar sudah ada kes mahkamah syariah dicabar, mereka tak ambil apa tindakan pun. Malah Nik Elin failkan cabaran undang-undang ini masa PAS masih berkuasa.


Tiba-tiba hari ini, kerajaan Madani, yang bersama MKI mahu perkasakan mahkamah syariah pula yang telah dianggap lawan hukum Allah. Yang kata tu pula adalah pihak yang tidur lena berdengkur ketika mahkamah syariah dicabar.


Inilah fakta sebenar yang lebai-lebai hipokrit itu mahu sorokkan. Merekalah yang biarkan undang-undang syariah diperkosa masa ada kuasa. Kini mereka pula yang acah-acah risau dengan keadaan semasa.


Walaun dah berotak tepu. Susah nak betulkan. Jadi kita serah kepada Allah ﷻ supaya berikan balasan yang paling keras kepada mereka itu yang persenda dan tunggang agamaNya untuk kepentingan politik.


Semoga puak perosak agama ini dihapuskan terus dari mula bumi Malaysia supaya selamat aqidah umat di negara ini. Hanya Allah ﷻ boleh berikan balasan yang setimpal. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

No comments: