DIA PUNYA DENGKI TAK BOLEH BLAH. RUGI MAKAN GAJI BUTA. HADI MIMPI LAGI NAK TEBUK ATAP.



ADUHHH…HADI AWANG RUPANYA MASIH BELUM PUTUS ASA NAK JATUHKAN KERAJAAN


Perikatan Nasional (PN) masih berusaha menarik sokongan pemimpin Umno yang tidak menyokong kerjasama parti itu dalam kerajaan perpaduan untuk bergabung dengan mereka, kata Abdul Hadi Awang.


Presiden PAS berkata, pencalonan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar di PRK Kemaman adalah persediaan untuk PN mengambil alih pentadbiran kerajaan.


“PRK bukan untuk Kemaman sahaja, besar untuk Malaysia seluruhnya. Ini untuk menambah, pertahankan kerusi Melayu, PN yang ada.


“Kita sedang memujuk lagi Umno, kerana Umno bukan semua sokong PH (Pakatan Harapan)…sedang pujuk lagi pihak lain untuk bergabung,” katanya dalam ceramah perdana di Dewan Sivik Kijal, Kemaman.


Ahli Parlimen Marang berkata, Samsuri diyakini mampu mengukuhkan kedudukan PN di peringkat pusat.


“Oleh kerana kita nak ambil langkah jauh lagi, kerajaan pusat, sebab itu bila kerana kosong Kemaman kita ambil dia (Samsuri), nak teguhkan kedudukan kita di kerajaan pusat.


“Maka kemenangan (di PRK) Kemaman sangat penting untuk ambil alih kuasa pemerintahan orang Islam,” katanya.


Hadi berkata, menggalas tanggungjawab sebagai menteri besar bukan halangan bagi Samsuri jika terpilih menjadi Ahli Parlimen.


“Kita ambil calon berwibawa boleh mewakili kita dalam kerajaan negeri dan kerajaan pusat kalau dapat ambil alih.


“Jadi (pengundi) yang di luar kena balik mengundi. Kita pilih calon berwibawa,” katanya.


PRK Kemaman 2 Dis ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Samsuri yang juga naib presiden PAS dan Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mewakili Barisan Nasional (BN).


Ia diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu 26 Sept lalu membatalkan kemenangan Che Alias Hamid daripada PAS pada PRU15.


Sumber. Shahbudin Husiin.


No comments: