APA SUDAH JADI, TINJAUAN MERDEKA CENTER TUNJUK RATING ANWAR MENURUN?

 

Rating penerimaan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim menurun selepas setahun pentadbirannya, menurut firma tinjauan pendapat Merdeka Center.

Membandingkan kaji selidik penghujung bulan lalu dengan Disember tahun lalu iaitu sebulan selepas Anwar mentadbir Putraya, firma itu berkata separuh pengundi memberi maklum balas positif berbanding 68% sebelum ini.

Mengambil maklum rating kerajaan persekutuan ketika ini berada pada tahap 41%, berbanding 54% pada Disember, kaji selidik menunjukkan tahap tidak puas hati terutama berkaitan ekonomi, meningkat kepada 43% daripada 19%.

Merdeka Center berkata, hanya 31% pengundi berpandangan negara pada hala tuju betul, manakala 60% berpandangan hala tuju negara ke arah salah.

“Alasan besar (responden yang beranggapan negara menuju ke arah menyimpang) melibatkan isu ekonomi (56%), kestabilan politik (13%), dan kelemahan pentadbiran (9%),” katanya dalam kenyataan.

Merdeka Center juga berkata, isu ekonomi menjadi kebimbangan utama pengundi, dengan 78% menyatakan isu ekonomi menjadi perkara paling utama didepani rakyat hari ini.


“Pada pandangan kami, kaji selidik mencerminkan jangkaan pengundi kepada pihak pentadbiran bagi menjana semula pertumbuhan ekonomi, termasuk menangani kebimbangan berlarutan terhadap inflasi dan pertumbuhan gaji rendah.

“Isu lain yang membentuk pandangan awam pada masa depan termasuk bentuk dan kaedah penarikan semula subsidi, percukaian baharu, termasuk rombakan program pemindahan tunai,” katanya.

Merdeka Center berkata, kaji selidik dilaksana dengan dana sendiri membabitkan 1,200 pengundi merangkumi 52% Melayu, 29% Cina, 7% India, 6% Bumiputera Islam, dan 6% Bumiputera bukan Islam dari Sabah dan Sarawak, mencerminkan profil pengundi negara.

“Responden dipilih secara rawak berdasarkan persampelan berstrata mengikut kumpulan umur, etnik, jantina, dan kawasan pilihan raya negeri,” katanya.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/c


No comments: