BODOH BETOI. BUKAN JABATAN AGAMA LULUSKAN KONSERT


 Walaun dan lebai bila dah tak ada idea nak serang konsert Coldplay, dia main isu kelulusan pulak. Dia persoalkan kenapa kuliyah dihalang tapi konsert dibenarkan.


Pertama, konsert bukan boleh senang-senang lulus macam tu je. Kena mohon permit dan lesen dari pelbagai pihak. Kalau penyanyi luar, kena ada visa juga nak masuk.


Sama je proses dengan kuliyah dan ceramah. Kena pohon tauliah. Proses sama tapi asas kelulusan tak sama. Dah tentulah kuliyah dan ceramah perlu lebih ketat tapisan.


Kenapa? Sebab kalau konsert kita dah tahu macam mana keadaannya. Tapi kuliyah agama, kalau main lepas sebarangan penceramah, maka ajaran sesat mudah berleluasa.


Sedangkan dikawal ketat pun, boleh juga terlepas ajaran sesat seperti Ayah Pin dan Rasul Melayu. Cuba bayangkan kalau penceramah tidak dikawal dengan ketar.


Kebanyakan penceramah yang tak diberi kebenaran untuk berkuliyah atau berceramah sebab mereka tak mohon tauliah. Bukan sebab disenaraihitamkan. Kalau apa yang diajar tu betul, kenapa tak mohon tauliah? Dapat tauliah, mengajar la sampai lebam.


Kedua, yang meluluskan permohonan kedua-dua acara ni adalah pihak yang berbeza. Untuk konsert, ada banyak pihak yang perlu luluskan. Imigresen, PDRM, pemilik venue dan sebagainya.


Manakala kuliyah dan ceramah pula kelulusan pada Jabatan Agama setiap negeri. Jadi yang luluskan tu 2 entiti yang berbeza. Jadi yang walau nak kaitkan tu kenapa?


Bukannya Jabatan Agama yang luluskan konsert Coldplay tu..dan bukan Kerajaan Pusar yang tak beri kebenaran penceramah beri kuliyah. Jadi hujah mainan walaun ni tak masuk akal langsung.


Tapi demikianlah walaun. Mereka bukannya berdiri atas hujah yang konkrit pun. Janji boleh kelirukan rakyat dan hasut rakyat benci kerajaan, mereka buat je. Biar pun kelihatan dungu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: