KESTABILAN
1. Orang politik cakap dengan kita, kalau negara nak stabil, politik kena stabil dulu. Maka ada parti nak #PRUBanjir kerana nak politik negara stabil. Itu kata mereka.
2. Lepas stabil barulah boleh negara jadi makmur, kata penyokong mereka pula. “Kestabilan dan Kemakmuran” moto yang diguna.
3. Pegangan saya jelas. Saya bekas pengundi UMNO sejak 20 tahun dulu. Saya tukar masa PRU14 kerana nak jatuhkan Klepto. Kalau UMNO cuci parti, saya boleh bagi undi kembali. Tapi ini tak terjadi. Klepto masih berkuasa lagi. Mereka boleh control Perdana Menteri.
4. 4 tahun kebelakangan ini, yang buat politik tak stabil adalah geng Klepto ini. Ini open secret yang ramai tahu tapi susah nak admit. Jadi bila Presiden Klepto dia bersuara, undi lah mereka untuk stabiliti, saya skeptikal.
5. Kenapa kita perlu skeptikal?
I. Lagi 6 bulan, UMNO akan buat pemilihan parti termasuk untuk kerusi Presiden. UMNO dah bagitau, DSIS ni hanya poster boy PRU. Makanya lagi 6 bulan, siapa jadi Presiden UMNO secara tradisinya akan naik jadi PM. Maka, nescaya akan bertukar lagi PM kita. Susah nak cakap Ismail Sabri akan naik semula.
II. UMNO dah sound awal2. Kalau jadi Kerajaan, mereka nak Peguam Negara sendiri. Mungkin dapat lagi Apandi Ali. Kes2 mahkamah mungkin akan disuci. Seperti yang dibuat untuk 1MDB. Pengampunan pun akan dipercepat untuk merpati. Kes akan drop untuk Zahid Hamidi. Akan stabil ke negara kita nanti, bila negara luar lihat Klepto terlepas lari?
III. Merpati dan Klepto ini bila terlepas nanti, tuan puan ingat mereka akan berdiam diri? Once a politician always a politician. Mereka akan cuba lagi nak naik jadi Perdana Menteri. Selamatkah Ismail Sabri?
6. Versi ”kestabilan” yang UMNO maksudkan ialah seperti PRN Johor dan Melaka. Mereka dapat 2/3 majoriti. Itu tak boleh dikira. Kerana peratus keluar undi puratanya hanya 60%. Kalau PRU lain cerita, rekod selalunya atas 75%. Ada kemungkinan lagu ni UMNO nak menang pun 50/50.
7. Makanya, UMNO pun dah bunyi. Mereka nak gabung dengan parti lain selepas PRU15 nanti. 2 saja parti yang relevan: PAS atau PKR. Kalau ini berlaku, stabil ke negara nanti? Patron politik akan berlaku. You scratch me and I scratch you.
8. Kena ingat “stabil” versi UMNO ialah bila dia menang dengan dominan. Dapat 2/3 majoriti. Makanya, Malaysia ini ana yang punya. Mimpi Zahid Hamidi.
9. Kalau kita kaji sejarah, zaman pemerintahan diktator pun stabil politiknya. Tiada yang berani melawan dan bersuara. Tetapi aman makmur kah negaranya? Adakah rakyat terjaga?
Salam hormat,
Liyana Marzuki