Presiden UMNO dan
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melabelkan PAS
sebagai ‘pak lebai’ yang tidak boleh dipercayai kerana sering mengubah
pendirian dan percakapan.
Memetik laporan BH,
Zahid pada Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran di Dataran Serdang,
Bandar Baharu, Kedah hari ini (19 Oktober 2022) berkata:
“Kita jangan pedulikan
pak lebai bersama kita (BN) atau tidak, pak lebai petang cakap lain, malam
cakap lain. Dia kata kita durian mentah belum masak, ingat pak lebai ada durian
tak cukup masak gugur, takut kena kepala pecah.
“Apabila ada situasi
politik baharu mereka keluar fatwa baharu, bila untuk dirinya keluar fatwa
baharu, bila nak salahkan orang keluar. Guna ayat al-Quran dan hadis yang
maknanya tetap sama, tetapi ditafsir berlainan. Cukuplah pak lebai,
bertaubatlah cepat.”
Hadir sama pada program itu
ialah Perdana Menteri sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Setiausaha
Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; dan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri
Jamil Khir Baharom.
Sehubungan
itu, kata Zahid BN menolak sebarang bentuk rundingan bersama PAS selepas
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan menganggap parti itu sebagai kawan yang
tidak setia.
Menurutnya
pemimpin PAS dilihat sering berubah-ubah dalam menentukan pendirian, selain
turut menggunakan ayat al-Quran dan hadis yang ditafsir oleh mereka sendiri.
Jelasnya,
disebabkan itu BN memilih untuk bergerak solo pada PRU-15 dan yakin komponen BN
juga dapat membantu parti itu kembali memerintah negara.
Bekas
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang kini berdepan 87 kes mahkamah, termasuk
rasuah melibatkan jutaan ringgit ketika beliau menjadi menteri semasa BN
memerintah sebelum ini, berkata PAS sepatutnya mempunyai pendirian teguh dalam
membuat keputusan bagi menentukan kerjasama sebelum PRU-15 kali ini.
Katanya,
BN mahu kawan yang setia dan istiqamah selain sedia untuk susah dan senang
bersama parti itu.
“Mereka
beritahu tunggu lepas pilihan raya kita runding, BN jawab dengan cepat pilihan
raya belum lagi kita sedang menghadapi realiti ketika ini. Jangan runding lepas
pilihan raya, kita bukan riak, sombong, takut atau pengecut. Rakyat sudah sedar
dan akan beri kepercayaan semula kepada BN.
“Ketika
itu apabila kita berjaya bentuk kerajaan, baharu ada orang terhegeh-hegeh
hendak jumpa kita, kita akan cakap cukup sampai di sini dan semua sudah
terlambat,” katanya.
Bagaimanapun,
kenyataan Zahid itu dilihat bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh Ismail
Sabri kepada media selepas merasmikan penutup Konvensyen Kontraktor Melayu
Malaysia 3.0 dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia
(PKMM) ke-43 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Menurut
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, BN hanya akan memutuskan sebarang
kerjasama dengan parti lain untuk membentuk kerajaan selepas keputusan PRU-15.
Menurutnya
BN akan memastikan sasaran awal untuk memenangi pilihan raya dapat
direalisasikan terlebih dahulu.
“Kita
tunggu dulu keputusan PRU-15, selepas itu kita akan putuskan. Kita pastikan
lepas sasaran awal kita dulu. Kalau buat andaian terlalu awal (kerjasama dengan
pihak ketiga) susah juga, kita tak tahu apa akan berlaku dalam pilihan raya.
“Selepas
PRU (hari mengundi) nanti keputusan sudah ada, insya-Allah kita akan buat apa
sahaja keputusan demi kepentingan negara dan yang pentingnya kita nak kan
sebuah kerajaan yang stabil. Jadi, selepas itu kita putuskanlah,” katanya.

“Selepas PRU (hari mengundi) nanti keputusan sudah ada, insya-Allah kita akan buat apa sahaja keputusan demi kepentingan negara dan yang pentingnya kita nak kan sebuah kerajaan yang stabil. Jadi, selepas itu kita putuskanlah,” katanya.