YOUNG TURKS

 YOUNG TURKS 



1. Dalam politik, istilah “Young Turks” selalu diguna. Istilah ini merujuk kepada golongan muda di Turki pada awal kurun ke-20 yang menentang rejim zalim Kesultanan Othmaniah terakhir. 


2. Kesultanan Othmaniah ini ditentang kerana sikap “hedonistic” atau cinta duniawi dan kebendaan. Sebagaimana teori Ibnu Khaldun, satu empayar atau negara akan musnah, kerana rasuah dan salahguna kuasa. Inilah yang terjadi kepada mereka. 


3. Akibat daripada kepimpinan korup yang berleluasa, Gerakan Young Turks telah menumbangkan rejim raja mutlak di Turki dan berjaya mewujudkan negara Berpelembagaan. 


4. Ia diketuai oleh seorang putera raja bernama Putera Sahhabaddin dan seorang pejuang muda rakyat bernama Ahmet Riza. Inilah pejuang revolusi yang menyelamatkan Turki dan rakyatnya. 


5. Makanya, kalau tuan puan dengar orang sebut “Young Turks” ia bermaksud golongan muda yang “berani menongkah arus, melawan kebatilan dan punyai iltizam tinggi berjuang untuk negara”. 


6. Dalam sistem negara yang tepu dengan salahguna kuasa dan pemerintahan zalim, selalunya revolusi bakal terjadi kalau ada banyak Young Turks dalam negara.


7. Salah seorang Young Turk yang ada sekarang ialah Cikgu Fadli Salleh. Beliau menongkah arus di KPM menegur polisi Kementerian dan sekarang dikenakan tindakan. 


8. Ada kalangan rakan2 dalam Kerajaan saya komen. Siapa suruh cikgu tu lantang sangat? Nak tentang pun ada cara. Maka terimalah akibatnya. 


9. Jawapan saya pada mereka, isu silibus dan polisi pendidikan ni dah berapa orang Menteri naik, masih sama. Mungkin kita perlukan seorang Young Turk untuk Kerajaan buka mata. Maka sokonglah Cikgu tu, beliau buat itu pun untuk anak bangsa. 


10. Saya percaya, hanya melalui Young Turks saja kita boleh melawan Little Napoleon yang ada. Ingat dalam sejarah. Young Turks menang juga akhirnya. Nepoleon Bonarparte akhirnya asyik kalah saja. Pepatah kata, history is the best teacher. Kita perlu belajar darinya. 


11. PRU15 ini, terdapat 5.3 juta pengundi baru yang rata2 pengundi muda. Undi mereka penentu keputusan pilihanraya negara. 


12. Makanya, kita akan lihat adakah mereka ini  akan menjadi “Young Turks” yang ditunggu2. Menongkah arus melawan Kluster pemimpin yang meranapkan negara melalui rasuah dan salah gunakuasa. Punca merudumnya martabat negara Malaysia. 


13. Mereka ini tidak perlu turun ke jalanan, atau merusuh menggadai nyawa bersama rakan. Revolusi boleh bermula, hanya dengan kuasa undi mereka. Pejuangan mereka paling mustahak ketika pilihanraya. 


14. Kepada “Young Turks” of Malaysia, kepada anda kami sandarkan harapan. Anda penentu masa depan. 


#RakyatBangkit #manabaikkitasokong #manasalahkitabantah #malaysiamestimengundi


Salam hormat,

Liyana Marzuki 


*In solidarity with NGO #RasuahBusters and #MyVoiceMalaysia



No comments: