KENYATAAN PUSAT MEDIA PAKATAN HARAPAN: AMANAH MAHU DR DZULKEFLY AHMAD PERTAHAN KERUSI KUALA SELANGOR

 [ADMIN] Berikut merupakan kenyataan media Pakatan Harapan daripada Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada pagi ini, 20 Oktober 2022, Khamis.


--------------------------------------------------


KENYATAAN PUSAT MEDIA PAKATAN HARAPAN: AMANAH MAHU DR DZULKEFLY AHMAD PERTAHAN KERUSI KUALA SELANGOR


1. Kami mengambil maklum hasrat dan niat baik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk memberi laluan kepada calon yang lebih muda dari beliau dalam pilihan raya umum kali ini.


2. Beliau sudah lama menyebut perkara ini kepada pimpinan parti. Kami pun memberi isyarat awal untuk mengizinkannya.


3. Tetapi, setelah Umno mahu meletakkan Tan Sri Tengku Zafrul Abdul Aziz, bekas Menteri Kewangan sebagai calon mereka di Parlimen Kuala Selangor,  kami pimpinan AMANAH dan juga Pakatan Harapan mahu Dr Dzul bertanding untuk mempertahankan kerusi Kuala Selangor ini sekali lagi.


4. Ini kerana, bagi kami, PRU-15 ini adalah sangat kritikal dan serius. Setiap kerusi adalah penting untuk dimenangi oleh Pakatan Harapan.


5. Kami yakin beliau mampu mengekalkan kerusi ini berdasarkan kerja buat beliau selama ini. Rakyat Kuala Selangor tahu kegigihan beliau membantu rakyat, di samping tugasan beliau di peringkat negeri Selangor (STFC dan lain-lain) dan juga sebagai menteri di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dahulu. 


6. Saya mendoakan kejayaan beliau untuk pilihan raya kali ini dan kita sama-sama sekali lagi melaksanakan amanah rakyat untuk negara.


DATUK SERI SALAHUDDIN AYUB

Timbalan Presiden AMANAH


Pada 20 Oktober 2022



No comments: