MAAF ...AKU TAK NAMPAK PERUBAHAN DIPAHANG SEJAK 2 KALI PILIHANRAYA ...INI KALI KE 3 AKU MELIHATNYA....PAHANG LUBUK UMNO

 

WALAU ANGIN BERTIUP KENCANG BERLAKUNYA PERUBAHAN, NAMUN PAHANG BUKANLAH TEMPAT UNTUK DIJADIKAN SALAH SATU NEGERI YANG AKAN JATUH KE TANGAN PH...ANGIN KENCANG PILIHANRAYA 2018 LALU SEPATUTNYA TURUT MERUBAH PAHANG..TETAPI TIDAK....PEMIMPIN LAMA DAN BEKERJA JUGA IKUT MUSIM...SUKAR MENCAPAI SESUATU YANG LUAR DARI KEBIASAAN.-WRLR




SAMBUTAN LUAR BIASA DI MENTAKAB MALAM TADI MESKIPUN HUJAN






Setelah kita bekerja keras sebelum program Jelajah PH Pahang "Moh tukar" , Alhamdulillah, program malam tadi di Mentakab mendapat sambutan amat baik.

Hujan yang mulai turun pada pertengahan program tidak memberi kesan kepada semangat yang hadir memenuhi setiap ruang di perkarangan Pusat Khidmat Adun Mentakab itu. Selain dari Pengerusi PH, Dato Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pimpinan PH pusat, turut berucap adalah pimpinan PH negeri Pahang termasuk dari Exco AMK Pusat, Sdr Ahmad Saifullah Razali yang berucap mewakili Ketua AMK Pusat.

Tahniah semua. Pahang harus tebus maruah setelah seorang dari anak Pahang telah memalukan kita semua kerana telah dihukum penjara atas kesalahan menyeleweng wang rakyat iaitu wang kita semua rakyat Pahang. Paling menyedihkan, suami isteri turut terlibat menyamun. Maruah ini harus kita kembalikan dengan menentukan parti pemimpin seperti ini terkubur dalam PRU15 ini.

WFAUZDIN NS

 

No comments: