JANGAN SALAH TERKAM

SHAMSUDIN NAWAWI
 


Semalam semasa ucapan di Umno Bagan Datoh, Ismail Sabri kata dia telah beri "peluru" kepada BNComms dan cybertroopers Umno/Bn untuk attack pembangkang dengan menggunakan Laporan Petugas Khas siasatan ke atas dakwaan2 dalam buku Tommy Thomas.

Laporan itu sudah tidak Rahsia lagi dan sudah Terbuka.

Belum apa2 Ambiga telah mulakan attack dengan mengatakan adalah salah gunakan laporan itu sebagai peluru utk attack pembangkang dan nampak sangat lah tujuan laporan itu untuk serang pembangkang dan bukannya untuk mendakwa Tommy Thomas. Kalau didakwa pun itu sudah prejudice kepada pembelaan.

Laporan itu tajuknya dalam Bahasa Melayu tetapi keseluruhan isi kandungannya dalam English dan ada 241 muka surat.

Ambil perhatian bahawa itu hanya satu laporan hasil dari siasatan yang dibuat oleh satu Jawatankuasa yang tiada kuasa untuk mendakwa. Pendakwaan hanya boleh dibuat oleh Peguam Negara. Perlu juga diingat yang pendakwaan tidak semestinya berkesudahan dengan keputusan sabit kesalahan.

Ini sama dengan kes Zahid. Dia dituduh dengan 40 pertuduhan tetapi selepas didakwa dan dibicarakan, mahkamah putuskan tiada prima facie case dan dia dilepaskan. Soal rayuan ke mahkamah lebih tinggi adalah soal kedua.

Ini umpama senjata canggih yg sangat sophisticated yang diberikan kepada orang yang tak pernah pegang senapang pun. Setakat tengok saja boleh lah. Selfie saja dgn senjata itu. Suruh picit trigger pun mau pejam mata. Mana nak kena!

Satu lagi senjata katanya mengenai kes Pulau Batu Putih. Ini lagi canggih sebab ini bukan kes bicara di Malaya atau Borneo. Ini World! Di The Hague di Netherlands, Belanda sana...

Pasal Pengampunan Anwar dulu suruh dibangkitkan. Ini very slippery waters! Pengampunan itu Kuasa Mutlak Raja2 Melayu. Soal procedure adalah sesuatu yang sangat skippery kalau itu adalah kuasa mutlak Raja2 Melayu vis-a-vis The King as the Fountain of Mercy! And you might want to use the same for your own kind....maybe later!

Good luck saja lah. Jangan salah terkam harimau tengah tidur!

 

No comments: