KENYATAAN MEDIA BIRO UNDANG-UNDANG PARTI AMANAH NEGARA (KANUN)

 

SEBARAN SEGERA

 

KENYATAAN MEDIA BIRO UNDANG-UNDANG PARTI AMANAH NEGARA (KANUN)

 

Lanjutan daripada siasatan yang dibuat ke atas Presiden Parti AMANAH Negara, YB Muhammad Sabu semalam berikutan flashmob seluruh negara yang diadakan pada 16 Julai 2022 yang lalu, pihak Polis hari ini telah hadir ke Wisma Parti AMANAH Negara di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

 

Kedatangan pihak Polis adalah dibuat tanpa tanpa sebarang pemberitahuan awal. Seorang pegawai Wisma telah dipanggil untuk hadir ke Bukit Aman tengahari ini untuk merekodkan keterangan.

 

Kami mengecam tindakan intimidasi yang terus dilakukan oleh pihak Kerajaan BN/PN pada hari ini walaupun isu yang diperjuangkan khususnya oleh AMANAH ini adalah bagi kepentingan rakyat keseluruhannya iaitu berkaitan kenaikan harga barang.

 

Walaubagaimanapun, kami akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak PDRM dan percaya bahawa pihak PDRM hanya menjalankan arahan sahaja.

 

Kami juga percaya sepatutnya pihak Kerajaan memfokuskan pada usaha memerangi sindiket minyak paket serta jenayah lain yang berkait rapat dengan kenaikan harga barang dan bukannya sibuk untuk menghalang dan mendiamkan suara dan resah hati rakyat. 

 

Sekian.

 

Fadhli Umar Aminolhuda

Peguam KANUN

No comments: