JAWAPAN UNTUK HILMAN- AZMIN JATUHKAN KERAJAAN PH, MENGAPA ANWAR DILIBATKAN?

 

Azmin jatuhkan kerajaan PH, mengapa Anwar dilibatkan?

Azmin jatuhkan kerajaan PH, mengapa Anwar dilibatkan?

Kenyataan Setiausaha PN Selangor, Hilman Idham kononnya Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) amat melucukan.

Ketua Cabang KEADILAN Kuala Selangor, Thiban Subbramaniam berkata, sebaliknya Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali telah dicatat secara rasmi dalam sejarah negara sebagai salah satu faktor kejatuhan kerajaan PH akibat menggelabahnya beliau berhadapan kes video viral pada 2019.

“Hilman Idham haruslah menerima hakikat bahawa ketaksuban Azmin untuk menutup isu video bilik hotel yang viral menyebabkan gerakan Langkah Sheraton berlaku

“Kenyataan Hilman membuktikan Azmin dan kartelnya tidak tahan panas dengan artikel yang diterbitkan oleh (portal) Malaysiakini.

“Azmin dan penyokongnya perlu menerima hakikat bahawa mereka ketika ini telah dilabel sebagai “pengkhianat” oleh orang ramai,” kata Thiban dalam reaksi balas kenyataan Hilman apabila nama Azmin ditimbulkan sebagai pengkhianat dalam Kongres Nasional KEADILAN baru baru ini.

Menurut Thiban lagi, setiap komen ke atas Azmin adalah adil memandangkan beliau menjadi dalang Langkah Sheraton yang sering disebut Langkah Syaitan dalam kalangan KEADILAN.

Kata mantan calon Naib Presiden KEADILAN itu, umum amat mengetahui latar belakang manoeuvre politik berkenaan dan sejarah tidak boleh dipesongkan bahawa Azmin gagal untuk mendapatkan jaminan Datuk Seri Anwar yang bakal diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 8 untuk menutup kes berkenaan.

“Hilman harus keluar dari dilema bukan Anwar yang taksub dengan jawatan (PM) itu tetapi Azmin dan kartelnya. Anwar menolak tawaran untuk menjadi PM dengan sokongan kluster mahkamah (Umno) yang menuntut penyelesaian kes mereka.

“(Sebaliknya) Azmin yang masih tidur sekatil dengan Umno dan kluster mahkamah sehingga hari ini untuk menjaga kedudukannya.

“Tidak seperti Azmin, Anwar Ibrahim tidak pernah berkompromi dengan prinsip reformasinya untuk mendapatkan sebarang jawatan walaupun Perdana Menteri.

“Hilman harus menerima hakikat beliau atau Azmin tidak layak mengulas mengenai Anwar atau KEADILAN. Pengkhianat adalah pengkhianat. (Sebaiknya) Hilman harus fokus untuk membuktikan Azmin bukan tokoh yang sama dalam video “semburit” yang tular,” katanya.

Thiban juga mengingatkan untuk Hilman lebih bersedia menerima komen pedas di media dan jangan sesekali memesongkan sejarah, terutama kejatuhan kerajaan PH yang terang lagi jelas penglibatan Azmin bersama Bersatu meruntuhkan kerajaan 22 bulan itu.

No comments: