KEMANA PIMPINAN LAIN

 











Aku berjalan-jalan di beberapa page pemimpin PH. Setakat yang aku lihat, TIADA satu pun yang bicara soal laungan Najib untuk selamatkan Sapura Energy selain daripada Rafizi.

Ada yang cerita soal pemilihan (bukan Keadilan saja yang ada pemilihan ya). Ada yang sibuk kutuk orang parti sendiri. Tapi keserongan yang dibawa oleh Najib ini dipandang sepi.

Entahlah. Mungkin isu ini tak begitu penting untuk pemimpin yang lain. Tapi yang aku nak kata, inilah kelainan yang ada pada diri Rafizi. Beliau sensitif dengan isu semasa yang besar.

Aku harap cuma aku silap tengok. Iyalah. Mungkin mereka post di IG atau TikTok. Aku hanya lebih tertumpu di FB sahaja. Dalam hal ini, aku lebih suka kalau aku yang silap.

Aku tak harap banyak. Aku cuma mahu Rafizi tidak dilihat bersendiri dalam isu-isu begini. Pemimpin lain sepatutnya marakkan lagi api yang telah Rafizi mulakan. Kembalikan keseriusan pemimpin PH dalam menentang salah guna dana negara seperti dulu. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: