Pemilihan parti KEADILAN yang akan dilaksanakan sebulan daripada
sekarang dilakukan setelah berlaku perbincangan yang mendalam di kalangan
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik.
Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution
Ismail, pemilihan terpaksa diadakan tahun ini biar pun parti boleh
menangguhkannya sehingga ke Mei 2023 kerana terdapat banyak vakum yang tidak
diisi dalam kalangan pimpinan utama.
"Tempoh jawatan MPP, Wanita, Ketua AMK dan Cabang selama 3
tahaun, selepas kali terakhir di buat pada 2018
"Perlembagaan parti membenarkan kalau kita nak elak
pemilihan, boleh sambung tak lebih 18 bulan. Kita tamat November 2021. MPP
setuju guna pakai klausa yang berakhir Mei 2023.
"Kita boleh pilih untuk buat sampai tarikh maksimum. Kenapa
buat sekarang? MPP sebagai pembuat keputusan berpendapat walaupun mandat
demokrasi 3 tahun (dam boleh dilanjutkan), sebagai parti reform kita
berpendapat menghormati mandat demkrasi itu wajar didahulukan.
"Kedua, MPP telah ambil kira semua pandangan. Lepas peristiwa
Sheraton ada vakum, kita hilang Ketua Wanita, Timbalan AMK, ahli MPP dan lain
lain," katanya dalam forum maya terbitan Studio KEADILAN, malam tadi.
Tambah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru itu, sesuatu yang tidak
adil untuk pemimpin yang ada kini memikul beban berlebihan menguruskan parti.
Katanya, tugas tersebut perlu diagih agihkan kepada jawatan
jawatan tertentu parti agar prestasi parti lebih baik menjelang Pilihan Raya
Umum ke 15.
"Apabila struktur terganggu bermaksud pimpinan yang ada
memikul beban bertambah.
"MPP bincang lama dan juga Biro Politik. Kita kaji dekatnya
PRU dan kepimpinan itu ada vakum. Kita perlu segerakan untuk membolehkan struktur
pimpinan parti dilengkapkan untuk membawa parti mendepani PRU," katanya
lagi.