MUKHRIZ CABAR SANUSI- HA ELOK LA JELAS DENGAN SEJELAS JELASNYA. TAK KAN LAH LEBAI NAK MENUDUH SEMBARANGAN KAN ?

 

Tuduhan pindah RM13 juta ke Kanada: Beri kenyataan rasmi, tak perlu lontar dakyah, Mukhriz beritahu Sanusi





Mukhriz Mahathir berkata beliau menunggu kenyataan rasmi dikeluarkan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengenai pemindahan wang RM13 juta ketika era pentadbirannya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dakwaan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, bahawa wujud rekod pemindahan wang milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah sebanyak RM13 juta ke akaun bank luar negara adalah amat berat.

Bekas Menteri Besar Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Mukhriz Mahathir, menyifatkan itu kali pertama beliau mendengar dakwaan sedemikian.

Mukhriz berkata, kenyataan dikeluarkan Sanusi dianggap dakwaan sangat serius.

“Kita berharap boleh dapat kenyataan rasmi. Tidak perlulah melontar dakyah atau tohmahan begitu saja, seolah-olah langgar lari. Ini kali pertama saya dengar perkara itu apabila wartawan membangkitkan soalan berkaitan perkara itu.

“Saya juga tidak tahu tentang satu isu lagi yang turut dibangkitkan dan menanti kenyataan rasmi berhubung kedua-dua dakwaan tersebut sebelum membuat kenyataan lanjut,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Petang tadi, Sanusi mendedahkan terdapat rekod membuktikan berlaku pemindahan wang milik MBI Kedah sebanyak RM13 juta dimasukkan ke akaun bank yang berpangkalan di Kanada.

Sanusi yang juga ADUN Jeneri berkata, transaksi itu berlaku ketika Mukhriz menerajui kerajaan negeri sebelum ini.

No comments: