MSO II
Lama Tok Dor Hadi mencari binatang yang sesuai untuk
dianalogikan kepada pembangkang yang mengkritik kerajaan PN dan Mahiaddin.
Akhirnya hari ini baru beliau berjumpa dengan binatang itu, KERA dan TUPAI.
Tok Dor menyinis Kera dan Tupai lebih baik atau bijak berbanding
dengan pembangkang yang terus mengkritik kerajaan walaupun dalam Covid.
Katanyanya, Kera dan Tupai kalau dia nak makan buah (curi), dia akan pilih buah
yang baik.
Apa yang maksud Tok Dor, cara dilakukan pembangkang kritik kerajaan
dan nak jatuhkan kerajaan itu baginya tidak baik. Tetapi apakah semasa Tok Dor
bersama Umno mencuri kerajaan PH dahulu dia adalah KERA atau TUPAI buta?
Sehubungan itu seorang pengikut Tok Dor yang pernah menguruskan
Tok Dor semasa Tok Dor ke luar negeri, bertanya saya apabila dia membaca berita
atau kenyataan Tok Dro itu.
Dia hairan dan sedih kenapa Tok Dor jadi begitu sekali
menurutnya rendah dan naifnya cara dia berpolitik. Katanya Tok Dor tidak
sepatutnya menyinis pembangkang sebalik lebih afdal memberi idea, atau buah
fikiran membantu kerajaan untuk mengekang Covid sesuai dengan posisinya sebagai
Duta Khas Perdana Menteri.
"Kenapa dia jadi begitu sheikh, orang kelilingnya tak
nasihat diakah?" soal dia.
Saya tidak tahu nak jawab macam mana pertanyaan pengikut Tok Dor
asal Terengganu itu. Saya hanya berkata begini;
"Saya rasa orang kelilingnya pun sudah tidak berminat lagi
untuk menasihat dia, memberi idea untuk membantu kerajaan atau apa. Mereka juga
sudah bosan. Mungkin mereka juga suka kalau Tok Dor terus kekal dengan sikapnya
itu."
"Pada saya, orang kelilingnya sengaja membiarkan dia begitu
kerana sebab-sebab tertentu."
"Apakah mereka mahu Tokguru berhenti?" tanya beliau
lagi.
"Saya fikir ke situlah tujuannya. Memanglah pun Tok Dor
kena berhenti dan tinggalkan Pas dan biarlah orang lain memimpin Pas kalau mahu
tengok parti itu kuat dan dihormati," kata saya. Wallahu'alam. Trims.