TANYA MENTERI, MENYERI TANYA RAKYAT SEMULA



Kes Covid semakin menakutkan. Kes orang bunuh diri semakin meningkat. Kemudahan di hospital semakin tidak mencukupi untuk menampung mangsa Covid. Pelabur lari entah ke mana. Penganggur bertambah. Banyak syarikat gulung tikar. Dan, banyak lagi mala petaka yg melanda sebaik sahaja pengkhianat kerajaan tebuk atap ini merampas mandat rakyat Feb tahun lalu.

Tapi, bila tanya menteri, dia boleh tanya rakyat balik, "Kerajaan gagal dari sudut mana?". Ertinya, tidak pernah insaf. Bodoh sombong dan takbur. Puak2 mereka seronok makan gaji buta. Rakyat dah tiada apa yang mahu dikais untuk dimakan.

Semoga apa yang kita lihat sekarang mendapat perhatian dari Majlis Raja2 dan Istana YDP Agong agar sesuatu yang lebih tegas boleh diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Insaflah kepada Umno dan Pas yang telah terlanjur memberikan sokongan kepada kerajaan gagal ini. Selagi kamu berpaut di bahu mereka, selagi itulah rakyat menganggap kamu juga bersekongkol.

WFAUZDIN NS

 

No comments: