Syed Saddiq dedah Khazanah hantar surat bantah jual LTSAAS

 



KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) didakwa telah menghantar surat rayuan sekali lagi kepada Perdana Menteri bagi menghalang usaha menjual Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang (LTSAAS).

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa surat tersebut dihantar kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan pada 11 Mei lalu.

Khazanah juga dikatakan telah mengemukakan beberapa hujah untuk menghalang penjualan LTSAAS yang kini dikendali di bawah Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Menurutnya, walaupun surat itu dianggap sulit dan persendirian, beliau perlu berkongsi butirannya yang dianggap penting kepada masyarakat.

“Surat baharu oleh Khazanah itu merayu sekali lagi agar tolak cadangan penjualan itu kerana pelannya akan membunuh pelan perstrukturan Malaysia Aviation Group (MAG) yang menjaga Malaysia Airlines Bhd (MAS).

“ini kerana dalam pelan pensrukturan MAS, sebanyak RM8 bilion dengan tambahan RM3 bilion telah dibelanjakan untuk menyelamatkan MAS selama tempoh struktur itu agar ia kekal relevan.

“Namun pengambilalihan WTC Holding ke atas LTSAAS secara tiba-tiba boleh menjejaskan pelan MAS itu kerana ia menyebabkan kesan kabinalisasi selepas syarikat penerbangan itu telah mengambil masa lama untu bertapak di KLIA dan klia2.

“Pengambilalihan juga akan menjejaskan laluan penerbangan sedia selain caj perkhidmatan penumpang (PSC) tidak lagi menjadi milik MAHB pada masa akan datang.

“Sepatutnya, LTSAAS menjadi pelengkap kepada KLIA dan KLIA2,” katanya pada sidang media secara langsung di Facebook miliknya dari luar Parlimen hari ini.

Sidang media itu susulan pendedahan beliau semalam yang menyelar tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang cuba untuk menjual atau memajak LTSAAS.

Menurut beliau, kerajaan tidak boleh terlalu mudah untuk menjual aset itu memandangkan pemilikan lapangan terbang tersebut di bawah Khazanah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan sebagainya.

Syed Saddiq berkata, jika aset tersebut dijual, MAHB dijangka mengalami kerugian sebanyak RM11.9 bilion manakala Malaysia Airlines Berhad akan menanggung rugi RM1 bilion setahun.

Mengulas lanjutt, Syed Saddiq menambah, butiran lain dalam surat Khazanah itu juga mencadangkan Pelan Generasi Semula Subang yang diketengah kerajaan sendiri oleh MAHB namun ia dibakul sampah kerana tidak diberi perhatiaan yang penuh oleh kerajaan.

Sebaliknya, pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia) berkata, pelan cadangan pemilikan oleh WTC Holding terus perhalusi dan dibawa ke mesyuarat Kabinet padahal pelan oleh MAHB itu jauh lebih baik.

“Pelan Semula Generasi Subang lebih strategik kerana pada hari ini di peringkat awal, LTSAAS sudah memiliki 4,000 pekerja  berkualiti tinggi di mana  sampai satu tahap, ia dilihat sebagai hub aero angkasa.

“Malah dianggarkan menerusi pelan ini sebanyak 19,00 pekerjaan terlibat secara langsung dan 70,000  secara tidak langsung yang menjadikan LTSAAS sebahai hub aero angkasa.

“Namun dalam pelan WTC Holding, ia lebih kepada projek pembangunan komersial seperti pusat membeli-belah dan hotel,” katanya.

Syed Saddiq memberitahu, dalam surat rayuan Khazanah itu juga terdapat hujah yang menafikan MHAB tidak memiliki kewangan kukuh sejak berlakunya pandemik Covid-19.

Sebaliknya tegas beliau, surat itu mendedahkan MAHB mempunyai modal kewangan sebanyak RM1 bilion hasil pengumpulan dana sepanjang tempoh pandemik.

“Ini menunjukkan LTSAAS adalah lapangan terbang yang memberi keuntungan dan sebab itu tauke WTC ingin mengambil alihnya,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan WCT Holding, yang dikuasai taikun hartanah, Tan Sri Desmond Lim teklah mengemukakan kepada kerajaan kertas cadangan untuk mengambil alih LTSAAS dan kawasan sekitar untuk pembangunan komersial, termasuk pusat beli-belah, pejabat, dan tempat pameran membabitkan nilai RM3.7 bilion.

No comments: