Kursus latihan atasi ketidakselarasan graduan pendidikan
PADA 20 Jun yang lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mengadakan sidang media khas berkenaan pengumuman pengambilan khas guru secara
“one-off”. Pengambilan ini adalah antara pengambilan terbesar yang pernah
dilakukan oleh KPM iaitu seramai 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan akan
diterima.
Tujuan pengambilan ini untuk mengatasi
kekurangan tenaga pendidik yang tinggi di Malaysia. Antara negeri yang
mempunyai kekurangan guru tertinggi adalah Selangor, Johor Sabah, dan Sarawak.
Pengambilan ini secara amnya lebih tertumpu kepada mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Sejarah, Pendidikan Islam, dan subjek
berkaitan teknologi.
Bagi yang belum mengetahui, proses pengambilan kali ini
memperkenalkan proses pendekatan baharu iaitu kluster opsyen mata pelajaran.
Melalui proses ini, graduan daripada bidang selain pendidikan juga mempunyai
potensi untuk diterima menjadi guru dengan syarat bidang berdekatan dengan
kluster mata pelajaran tersebut.
Kenapa kekosongan sebanyak itu tidak pernah diisi oleh graduan
pendidikan selama ini? Sewaktu sidang media tersebut, dinyatakan apabila
graduan pendidikan mempunyai ‘mismatch’ ataupun
ketidakselarasan antara pengkhususan dan mata pelajaran yang diperlukan oleh
KPM.
Kesannya, kadar pengangguran di kalangan
graduan pendidikan universiti awam masih tidak dapat diselesaikan. Menurut
Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam (GGPUA), terdapat 4,390 lepasan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang menamatkan pengajian di antara tahun
2011 hingga 2020. Hampir separuh daripada graduan iin masih belum memperolehi
penempatan dan hampir 800 graduan pendidikan masih menganggur.
Hal ini jelas menunjukkan betapa tidak selarasnya tuntutan
sekolah dengan kursus yang ditawarkan di universiti awam. Usaha-usaha graduan
untuk menghabiskan pengajian 4 tahun bagi mendapat gelaran pendidik umpama
sia-sia.
Kenapa perkara sedemikian berlaku? Ini adalah kerana graduan ISMP yang dipandang sebelah mata oleh KPM. Sewajarnya KPM menyediakan senarai kursus yang diperlukan oleh sekolah kepada universiti. Perkara ini dapat memudahkan urusan pelbagai pihak apabila graduan lebih mudah untuk mendapat temu duga dan isu kursus yang tidak diperlukan dapat dikurangkan.
Sekiranya langkah ini tidak dijalankan, kita boleh menyaksikan pengulangan initiatif “one-off” seperti kali ini pada masa akan datang. Selagi mana universiti masih menawarkan kursus-kursus yang tidak selaras dengan keperluan sekolah, sel
Sekiranya langkah ini tidak dijalankan,
kita boleh menyaksikan pengulangan initiatif “one-off” seperti kali ini pada
masa akan datang. Selagi mana universiti masih menawarkan kursus-kursus yang
tidak selaras dengan keperluan sekolah, selagi itu kekosongan tenaga pendidik
tidak dapat dipenuhi, yang akhirnya akan meningkatkan angka graduan pendidikan
yang tidak mempunyai penempatan. Hal ini keranaalasannya tetap sama iaitu
‘missmatch ’atau ketidakselarasan graduan pendidikan.
Apakah solusi yang boleh dicadangkan bagi mengurangkan masalah
ketiadaan penempatan graduan pendidikan semasa? Mereka sudah menghabiskan
tempoh pengajian 4 tahun, adakah mereka hanya akan dibiarkan mencari kerja di
swasta atau bekerja diluar bidang pengajian?
Sewajarnya tidak, kerana mereka merupakan graduan yang telah
dilatih dengan cara-cara pengendalian kelas. Misalnya, pendedahan mengenai
psikologi pelajar, falsafah pendidikan, teori pembuatan kertas soalan yang
efektif dan juga kurikulum. Elemen-elemen ini merupkan asas diperlukan oleh
seorang guru.
Sebagai contoh, ramai menyangka individu yang mengambil Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Matematik, akan belajar 70% matematik dan 30%
pendidikan atau 60% matematik dan 40% pendidikan. Sebenarnya tanggapan ini adalah
salah, kerana meskipun subjek matematik dipelajari mereka dengan lebih banyak,
tetapi tugasan yang diberikan adalah disulam rapi dengan modul pembangunan
‘bakal guru’. Contohnya seperti tugasan microteaching dan reka courseware.
Jika, jawatan guru ini diberikan kepada graduan yang bukan
lepasan pendidikan, mereka akan mengambil masa untuk mempelajari
perkara-perkara di atas. Sekaligus, kualiti pendidikan akan terjejas kerana
kurang kefahaman mengenai pedagogi pembelajaran yang berkesan untuk pelajar.
Walaupun mereka lebih arif mengenai proses pengajaran dan
pembelajaran, bagaimana cara mengatasi masalah ketidakselarasan pengkhususan?
KPM sewajarnya memperkenalkan kursus latihan guru baharu untuk mata pelajaran
yang mempunyai permintaan yang tinggi.
Melalui inisiatif ini, graduan pendidikan dapat diserapkan ke
sekolah dan dihantar ke kursus tersebut bagi proses penyesuaian subjek. Setelah
tamat kursus tersebut, guru-guru akan dibenarkan untuk mengajar subjek tersebut
kepada pelajar-pelajar menengah rendah dan kemudian menengah atas.
Persetujuan graduan hendaklah diambil terlebih dahulu sewaktu
peringkat temuduga sebelum diserapkan ke kursus latihan tersebut. Hakikat yang
perlu diterima oleh graduan pendidikan semasa adalah pengkhususan yang telah
mereka pilih, mempunyai permintaan yang rendah pada masa sekarang dan mereka
harus mencari pengkhususan lain.
Cumanya syarat yang wajar diletakkan untuk memilih sesuatu
subjek adalah subjek tersebut mestilah hampir dengan pengkhususan graduan.
Contohnya, pada masa sekarang mata pelajaran matematik mempunyai permintaan
rendah, manakala reka bentuk teknologi mempunyai permintaan tinggi, maka
graduan tersebut dapat ditawarkan untuk menukar subjek pengkhususan.
Pelajar tidak memerlukan guru yang merupakan genius dalam sesuatu
subjek, tetapi pelajar lebih memerlukan guru yang mampu memahami dan memberi
kefahaman berdasarkan silibus kepada mereka.
Perkara ini didengari seperti mudah, tetapi untuk memberi
kefahaman kepada pelajar, guru tersebut hendaklah menguasai pedagogi pembelajaran,
mengetahui cara perancangan penilaian dan mampu memanfaatkan alat bantu
mengajar ke arah pembangunan pelajar.
Danial Farook,
Pelajar
Sarjana Muda
Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Mara (UiTM)