KENYATAAN MEDIA MAJIS PRESIDEN PH


May be an image of 3 people and text that says "MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN MOHAMAD SABU ANWAR BRAHIM LIM GUAN ENG"

Kenyataan Media

Majlis Presiden Pakatan Harapan

25 Jun 2021

DARURAT TIDAK PERLU DILANJUTKAN SELEPAS 1 OGOS

Majlis Presiden Pakatan Harapan menjunjung kasih di atas titah pandangan DYMM Raja-Raja Melayu berkaitan isu Darurat seperti yang terkandung di dalam kenyataan media Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada 16 Jun lalu, iaitu "tidak ada keperluan meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos 2021".

Pakatan Harapan mengekalkan pendirian yang telah diumum sebelum ini, iaitu Darurat yang diisytihar pada 11 Januari lalu tidak memberi kesan kepada usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 dan perlu ditamat segera. Malah berdasarkan bukti sains dan data, keadaan pandemik semakin meruncing dan bertambah teruk sejak Darurat diisytihar dengan jumlah kes positif dan kematian harian yang kekal tinggi.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat akan mengadakan mesyuarat terakhir pada Julai ini. Dalam mesyuarat tersebut, wakil Pakatan Harapan akan menegaskan bahawa jawatankuasa perlu:

● menjunjung titah pandangan DYMM Raja-Raja Melayu berhubung isu Darurat;

● menerima bukti sains dan data bahawa Darurat tidak memberi kesan kepada usaha

pengawalan pandemik COVID-19; dan

● menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk tidak melanjutkan Darurat selepas 1 Ogos 2021.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat juga akan tamat fungsinya dan terbubar selepas 1 Ogos 2021.

Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

 

No comments: