AKHIRNYA RAKYAT DISURUH MEMBELI VAKSIN ?

 

May be an image of 1 person and text that says "Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata pasaran vaksin dalam sektor swasta dijangka akan bermula pada bulan Ogos ini. Bercakap dalam webinar petang ini, katanya jika sesiapa yang inginkan vaksin dengan kadar segera boleh mendapatkannya dalam sektor swasta namun kos vaksin tersebut harus ditanggung sendiri oleh penerima. kini TV"


Tall & Stupid

AKHIRNYA RAKYAT DISURUH MEMBELI VAKSIN

Akhirnya Menteri yg menyelaras program Imunisasi Covid-19 ini berkata rakyat yg mahu segera divaksin boleh ke sektor swasta dan terpaksa membayar sendiri kos tersebut. Gila apa ni?

Kita semua tahu Pharmaniaga adalah satu2nya syarikat yg dilantik utk membeli vaksin. Perlantikkan itu juga sebenarnya pelik kerana di kebanyakkan negara2 dunia kerajaan mereka yg membeli sendiri vaksin tersebut. Syarikat ini juga mengimport vaksin dari China di mana mereka membungkusnya secara domestik menerusi prosedur "fill and finish".

Persoalan mengapa bukan KKM yg menguruskan pembelian? Kenapa negara kita lewat menerima bekalan vaksin? Kenapa perlu dijual kpd pihak swasta? Ke mana 5 juta dos vaksin yg disumbangkan oleh negara2 Eropah? Bagaimana tidak sampai 10 juta divaksinasi kita boleh kekurangan vaksin?

Kenapa tidak diberikan dos vaksin tersebut kpd seluruh negeri dgn mekanisma pengurusan negeri masing2 bagaimana proses vaksinasi boleh dibuat dlm jumlah harian yg tinggi?

Sdgkan kita dimaklumkan byk negeri kekurangan vaksin. Jadi apa perlu dijual kpd syarikat swasta. Kita sudah ada perancangan menggunakan khidmat Klinik swasta, Kem Tentera, van bergerak dan malah Stadium Nasional sudah bersedia menerima puluhan ribu sehari... jadi apa perlu rakyat pergi klinik atau hospital swasta membayar utk mendapatkan vaksin?

Adakah lantikan tunggal itu semata mata ingin memberikan keuntungan kdp Phamarniaga membolot keuntungan atas penderitaan rakyat? Setahu kita pembelian vaksin itu menggunakan taxpayer atau duit rakyat. Bolehkah duit rakyat yg sepatutnya diberikan percuma kpd rakyat boleh diniagakan kpd pihak swasta?

Sdgkan rakyat yg miskin juga perlukan segera vaksinanasi ini? Apa nasib mereka yg masih berjuta menunggu vaksin ini? Apakah kerajaan menguruskan proses vaksinasi ini, rakyat akn menerima nasib sepertimana penumpang2 kapal Titanic?

Saya bukan mahu menuduh tetapi mahu KJ menjawab semua persoalan yg saya ajukan. Jika saya salah anda sebagai Menteri betulkan. Ini lah masalahnya apabila Parlimen tidak mahu dibuka maka Ahli2 Parlimen tidak berpeluang bertanya dan menyuarakan kebimbangan rakyat. Maaf kata, jika saya katakan KJ ini tall and stupid dlm menguruskan vaksin negara.

Tahap stress rakyat ketika ini bukan sahaja kpd Covid19 dan tiada duit utk survival tetapi kpd karenah Menteri2. Rakyat dah la ramai yg bunuh diri dan peningkatan 20% yg sakit mental... kalian ni pula menambah beban dan resah rakyat.