MUHYIDDIN, MAHIADDIN ATAU MAIN HIDING ? - Zunar
Tamrin Tun Ghafar
Isnin - 25/06/2021
( 1 - 23 )
1. Jarang sekali kartunis Malaysia diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa seperti Zunar.
2. Antara pengiktirafan yang diterimanya:
i. Courage in Editorial Cartooning Award oleh Cartoonist Rights Network International - 2011.
ii. Cartoonist For Peace Award, Geneva, disampaikan sendiri oleh Kofi Annan, mantan Setiausaha Agung Bangsa - Bangsa Bersatu atau UN - 2016.
iii. Human Rights Watch - Hellman / Hammett Award - 2011 & 2015.
iv. International Press Award, New York - 2015.
3. Di negara sendiri beliau DIHINA dan DIZALIMI oleh Kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri 1MDB :
7 kali beliau ditangkap , 9 kali diheret ke Mahkamah di bawah Akta Hasutan, 11 buku kartun beliau diharamkan dan dilarang keluar negara selama 2 tahun.
4. Semua dakwaan tersebut dan larangan perjalanan digugurkan selepas Kerajaan PH pimpinan Tun Dr. Mahathir ambil alih.
5. Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Mattias Chang ditahan polis selama 28 hari dibawah Akta SOSMA, malah saya sendiri dan beberapa orang rakan dilokapkan di Balai Polis Jinjang.
6. Inilah demokrasi ala Malaysia ketika itu tetapi di luar negara Najib dan Menteri - Menterinya BERBOHONG kononnya Malaysia MENGAMALKAN Demokrasi dan MENJAMIN Hak Bersuara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
7. Malangnya selepas RAMPASAN KUASA dan menubuhkan KERAJAAN PINTU BELAKANG, bukan saja Darurat dilaksanakan tapi Parlimen pun digantung juga?
8. Selama berpuluh tahun rakyat DITIPU oleh seorang yang kini memimpin KERAJAAN BODOH dan GAGAL dengan MENIPU nama sebenar, dari MAHIADDIN MD. YASIN ke Muhyiddin Yassin.
9. Bukan saja rakyat MALAH Agong pun turut DITIPU sama apabila menggunakan nama Muhyiddin SEMASA MENGANGKAT SUMPAH di Istana Negara.
10. Bak kata pepatah :
SIAKAP SENOHONG
GELAMA IKAN DURI
BERCAKAP BOHONG
LAMA - LAMA
MENCURI
11. Allahamdullilah , bagi MENYELAMATKAN rakyat yang sedang menderita dan negara akibat KEBODOHAN Mahiaddin , pada hari Rabu 16hb Jun 2021 Raja - Raja Melayu setelah berbincang
sesama sendiri telah MENGELUARKAN KENYATAAN yang antara lain berbunyi seperti berikut :
i. Nyawa dan kehidupan rakyat WAJIB DIUTAMAKAN mengatasi perkara - perkara lain.
ii. Program vaksinasi hendaklah
dipertingkatkan dengan MENGURANGKAN KERENAH BIROKRASI agar mencapai matlamat imuniti kelompok 80% secepat mungkin.
iii. Program menangani wabak COVID - 19 hendaklah difahami serta mendapat sokongan rakyat TANPA MENIMBULKAN SEBARANG KERAGUAN dan TANPA DIANGGAP MEMPUNYAI SEBARANG MUSLIHAT POLITIK YANG TERSELINDUNG.
iv. Kaedah menangani wabak COVID -19 hendaklah bersifat inklusif, melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dalam semangat yang sedia mendengar, mempelajari, sedia melakukan pengubahsuaian dan penambahbaikan dan sedia melakukan penerokaan baharu HINGGA BERJAYA MENYAKINKAN dan MENDAPAT kerjasama rakyat pelbagai peringkat.
v. Suhu politik yang semakin panas wajib diredakan.
vi. PENTINGNYA SEBUAH KERAJAAN YANG STABIL DAN MENDAPAT KEYAKINAN SERTA MENDAPAT SOKONGAN MAJORITI RAKYAT.
vii. TIDAK ADA KEPERLUAN meletakkan negara di bawah PEMERINTAHAN DARURAT selepas 1hb Ogos 2021.
12. Raja - Raja MAHU MENJAMIN BERLAKUNYA KEADILAN dan MENGHINDARKAN berlakunya sebarang PENYALAHAAN KUASA.
13. 'Nasihat dan Kehendak’ Raja - Raja Melayu ini adalah berlandaskan kepada fakta - fakta berikut :
i. Negara sedang menghadapi wabak Covid - 19 dengan angka jangkitan harian yang besar MESKIPUN telah berada dalam PEMERINTAHAN DARURAT.
ii. Keadaan ekonomi dan kewangan negara yang MEMBIMBANGKAN.
iii. SUASANA POLITIK YANG TIDAK STABIL.
iv. Perpaduan rakyat yang semakin retak.
v. KESUSAHAN yang sangat dihadapi OLEH RAKYAT yang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.
vi. Suasana pekerjaan, suasana hidup dan suasana pembelajaran disekolah dan pusat - pusat pengajian yang terjejas dan MENIMBULKAN PELBAGAI KERUMITAN.
vii. Umat Islam TIDAK DAPAT melakukan program - program ibadah di masjid dan surau terutama untuk menunaikan SOLAT JUMAAT; demikian juga penganut - penganut agama lain yang turut terhalang daripada berpeluang melakukan urusan agama masing - masing.
14. Kenyataan Media Raja - Raja Melayu ini di tandatangan oleh Syed Danial Syed Ahmad ( Tan Sri ), Penyimpan Mohor Besar Raja - Raja.
15. Oleh kerana Ahmad Fadil Shamsuddin, Datuk Pengelola Bijaya Di Raja Istana Negara TELAH menyedia dan mengeluarkan TERLEBIH DAHULU 2 mukasurat Kenyataan Media BAGI PIHAK Agong maka rakyat BERHAK MENDAPAT KEPASTIAN apakah Agong BERSETUJU atau TIDAK PENDIRIAN Raja - Raja sedangkan rakyat kini SUDAH TAHU Agonglah yang MELANTIK Mahiaddin DAN BERSETUJU Deklarasi Darurat DAN sekaligus Parlimen digantung TANPA berunding terlebih dahulu dengan Raja - Raja?
16. Dari segi logiknya pendekatan dan keputusan MUKTAMAD Raja - Raja Melayu yang berbincang pada 16hb Jun 2021 itu SEBENARNYA adalah TAMPARAN HEBAT kepada Mahiaddin dan Agong itu sendiri.
17. Rakyat TABIK kepada Sultan Muhammad V, yang secara sukarela MENGUNDURKAN DIRI sebagai Yang Di Pertuan Agong yang lepas.
18. Apakah Mahiaddin yang mengetuai KERAJAAN BODOH DAN GAGAL ini masih BERMARUAH atau masih mahu bersembunyi dicelah ketiak Agong dengan berbagai alasan atau TANPA MEMPEDULIKAN 'NASIHAT DAN TEGURAN' Raja - Raja Melayu?
19. Akhirnya selepas berpuluh tahun menipu rakyat terpaksa MENGAKU juga bahawa nama sebenar beliau ialah MAHIADDIN MD. YASIN bukan MUHYIDDIN YASSIN.
20. Jangan cuba berdolak dalik dengan berbagai alasan BODOH terutama berhubung masa penamatan darurat dan Persidangan Parlimen.
21. HORMATLAH KESEMUA PANDAPAT DAN KESIMPULAN RAJA - RAJA MELAYU berhubung KEGAGALAN KERAJAAN PN ini.
22. BERHENTILAH SEBELUM RAKYAT BERTINDAK.
23. Itulah BALASAN ALLAH SWT terhadap orang yang gila kuasa sehingga SANGGUP MENGGIGIT TANGAN ORANG
YANG MENYUAP NASI KE MULUTNYA.
Wassalam
Terima Kasih.