Rakyat mahu bantuan kewangan, bukan tambah hutang – Sheikh Umar

 

Oleh Ghafar NS

Dalam situasi kini, rakyat mengharapkan moratorium dan bantuan-bantuan sokongan kewangan lain daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN), bukannya menggalakkan rakyat terus menambah hutang.

Adun Paloh, Sheikh Umar Baghrib Ali dalam satu kenyataan hari ini menyelar tindakan Kerajaan PN membenarkan sektor Kredit Komuniti (KK) atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang berdaftar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk beroperasi serta-merta.

“Ini adalah pendekatan salah daripada Kerajaan dalam menangani isu-isu ekonomi rakyat yang terkesan dalam pandemik ini,” katanya.

Sheikh Umar yang juga merupakan Naib Pengerusi DAP Johor berkata, rakyat yang tidak dapat menjalankan perniagaan seperti biasa, yang hilang pekerjaan serta mata pencarian, mengharapkan tindakan tuntas dan efisien Kerajaan PN dalam menangani pandemik Covid-19 dan seterusnya memulihkan ekonomi rakyat.

“Kerajaan sepatutnya merangka pelan pemulihan ekonomi lebih inklusif.

“Kemukakan jalan keluar, bukannya menambah beban ekonomi rakyat pada fasa pandemik ini.” Tambahnya lagi. 

No comments: