MCA vs UMNO/PAS/PPBM



Ingat tak, pada bulan Februari yang lalu, PM pernah isytihar SOP Tahun Baru Cina?


Ingat tak, MCA telah lantang menegur SOP Tahun Baru Cina tersebut?


Ingat tak, selepas desakan demi desakan, akhirnya Dewa Wee Ka Siong mendahului kabinet dan mengisytihar bahawa SOP Tahun Baru Cina akan diubah?


Hebat bukan?


Kini, SOP yang sama dikenakan pada orang Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri.


Tapi persoalannya, di manakah pendekar-pendekar Melayu Muslim dalam Kerajaan Melayu Islam sekarang? Kenapa tiada satu pun yang tegur SOP Hari Raya Aidilfitri?


Jawapannya mudah.


-Pelabuhan MCA sapu.

-Ruang udara MCA kawal.

-Peruntukan sekolah Cina MCA naikkan.

-Penentang Hudud MCA jadikan Timbalan Menteri Perpaduan.

-Penentang Jawi MCA jadikan Timbalan Menteri Pendidikan.

-Lapangan terbang MCA jual.


SOP? MCA tetap langgar saja.


Sebab MCA Abang Long!


Tapi beranikan bani Melayu dalam UMNO PAS PPBM tegur MCA?


Macam tak berani je?


Sebab itu MCA lebih dahsyat daripada DAP!


Bersenjatakan dua Ahli Parlimen sahaja, MCA telah berjaya tundukkan lebih 100 orang Ahli Parlimen Melayu dalam UMNO PAS PPBM!


Man Rani 

Bos Sifu



No comments: