MELAYU DIBULI OLEH MELAYU

 

May be an image of standing


NORMAN RADZUAN


Pemikiran orang Melayu/Islam yang mundur

Berapa byk dosa yg kita lakukan atas nama agama

MELAYU DIBULI OLEH MELAYU

Tidakkah kita merasa hairan di sebuah negara yg dikatakan milik org Melayu hingga dinamakan Tanah Melayu sedikit demi sedikit harta pemilikan org Melayu jadi milik org lain. Adakah benar angkara tangan musuh atau ia berpunca dari bangsa Melayu sendiri.

Ini adalah artikel ketiga sinambungan 'Kita Melayu Yang Layu' dan 'Melayu Akan Ketinggalan Tanpa Ilmu'. Saya tulis juga pagi ini kerana esok hari kita akan menyambut hari raya.

Di negara kita bangsa Cina dilihat sebagai PESAING kpd yg berfikiran positif atau dilihat sebagai ANCAMAN kpd yg berfikiran negatif. Tanpa disedari kaum India adalah kaum yg paling agresif mengalami reform di kalangan kaum. Dari sebagai pendatang yg bekerja di estet, mereka kini mengusai profesion profesional seperti bidang medik, guaman, pengajar IPT dan profesion2 yg lain.

Kenapa org Melayu atau org Islam di negara ini khasnya, lemah dan ketinggalan dgn bangsa lain ? Ia berlaku kerana cara salah berfikir org Melayu/Islam yg beragama tidak menggunakan akal, berfikiran sempit dan beragama dgn sifat anti keberagamaan dan keterbukaan di sebuah negara berbilang kaum ini.

Inggeris menawan tanah layu dgn mencari kelemahan pemikiran org Melayu dan bukan dgn senjata. Sebab itu org Melayu tidak menganggap Inggeris penjajah tetapi menganggap Jepun sebagai penjajah. Ini kerana Jepun menggunakan kekerasan dan bukan psikologi.

Tentu ramai pernah membaca quotation Kartini Raden Ajeng yg sgt popular, "Agama memang menjauhkan kita dari dosa namun berapa byk dosa yg kita lakukan atas nama agama.'

PAS sejak saya mengenali parti ini era awal 80an, saya memahami bahawa UMNO itu adalah musuh Islam. Umum mengetahui bagaimana UMNO telah dikafirkan sehingga saya sendiri mempercayai ibu saya kafir ketika itu. Begitu dasyat doktrin tersebut..Astagfirullahalazim.

Bagi mereka khilafah atau syariah yg menentukan kemajuan. Diwiridnya ketika itu hudud, hudud, hudud seolah itu adalah kunci utk negara ini maju atau diuruskan. Saya tidak pernah mendengar pemimpin2 PAS berceramah mengenai soal ekonomi, korupsi, bailout, defisit, pelaburan dan sebagainya ketika itu. Bila meningkat dewasa barulah saya terfikir mengenainya apakah negara itu perlu dipacu hanya dgn hukum?

Jika syariah itu dikatakan utk wujudnya sebuah negara yg maju mengapa di barat boleh maju sdgkan mereka dituduh sekular? Bukan sahaja maju tetapi pendidikan, kebersihan, amanah, perubatan, tolenrasi (cara berfikir) seperti dikatakan Sheikh Muhammad Abduh, "Aku melihat Islam (barat) tapi tidak melihat Muslim, dan aku melihat Muslim di Arab tetapi aku tidak melihat Islam."

Jika kita belajar sejarah kemajuan negara2 Islam dahulu maju bukan semata mata syariah atau sistem politiknya tetapi faktor2 utama juga adalah apa yg dikecapi dunia barat ketika ini. Jawapannya ialah penghargaan dan cinta kpd ilmu pengetahuan, keterbukaan berfikir dan pertukaran keilmuan.

Jadi kunci utamanya ilmu pengetahuan. Kenapa wujud Melayu taklid buta? Kerana mereka tidak berilmu. Mereka berilmu dgn mereka yg disebut oleh Kartini 'berapa byk dosa yg dibuat atas nama agama'. Org2 politik atau org agama yg berpolitik ini telah mengambil kesempatan kpd org2 kampung menggunakan psikologi yg teruk utk membeku pemikiran org2 Melayu.

Barat pernah mengalami zaman kegelapan sepertimana yg kita rasai sekarang. Galileo Galilei yg dianggap ,'father of observational astronomy' dihukum kerana mengatakan bumi mengililingi matahari, bukan matahari mengelilingi bumi. Ia benar tetapi di masa lalu ia ditolak oleh pihak Istana dan gereja. Di masa kegelapan barat ketika itu org biasa tidak boleh melawan apa yg telah ditetapkan penguasa dan gereja.

Jadi Barat berubah. Agama tidak dihapuskan tetapi cara beragama itu yg diubah. Kebenaran ilmu pengetahuan bukan lagi ditentukan oleh pendeta tetapi oleh sainstis. Setiap pemasalahan dan penyelesaian masalah negara ditentukan oleh para ilmuan dan pakar pada bidang masing2. Akhirnya org barat berebut rebut mencari ilmu pengetahuan dan berlaku revolusi Sains dan perindustrian. Ekonomi barat melonjak.

Inilah yg terjadi kpd PAS dahulu apabila kelompok agama ingin menguasai parti dgn membuang golongan profesional di dlm parti tersebut dan akhirnya PAS kebelakang kembali seperti era 70 an dan 80 an.

Islam dahulu pernah menjadi negara maju. Dari org yg buta huruf, hidup di padang pasir atau dikenali juga zaman Jahiliah, pemikir2 Islam berubah dgn belajar, mencari ilmu dan mengamalkan sikap keterbukaan.

Islam juga turut belajar dari warisan Yunani Klasik dan warisan peradaban Timur. Buku2 dari Yunani dibawa dgn diterjemahkan dlm bahasa Arab. Dari situ lahir cendiakiawan Islam dlm bidang matematik, kedoktoran, optik, geografi, astronomi, sejarah dan lain2.

Moralnya Islam berkembang kerana ilmu, bersikap keterbukaan, tidak rasis hingga lahirnya pelbagai ilmuan. Ilmuan2 ini lah yg membangunkan peradaban Islam. Islam itu berkembang bukan hanya dgn 'hudud' semata mata tetapi faktor2 lain yg lebih utama telah disebutkan tadi.

Lebih malang Prof2 di negara kita tidak menggunakan ilmu mereka utk mengubah minda rakyat tetapi menggunakan ilmu menjadi pembodek utk perut sendiri. Ilmu mereka mati di dlm segulung kertas.

Sebab itu kita kena berani menegur terutama kpd pemuka2 agama atau pemimpin yg tidak betul. Org Melayu mesti belajar agama dlm konteks intelektual. Jika kamu hanya belajar sekolah pondok, mesti tahu batas keilmuan di mana.

Lihat Kelantan telah diserahkan kpd mereka 30 tahun lamanya. Apa yg boleh dibanggakan selain air teh tarik. Selain itu bergantung harapan dgn kerajaan pusat utk 'survival'. Sdgkan Lee Kuan Yew itu mendapat pulau hanya sebesar bandar Kota Bharu tanpa ada sumber alam seperti air dan minyak boleh meletakkan negara tersebut sebagai sebuah negara yg maju.

Bukan sahaja maju malah bagaimana mereka boleh menjadikan pemimpin2 mereka bersifat amanah. Terbaru lihat bagaimana kerajaan Singapura menyelesaikan masalah solat Hari Raya dgn mengadakan 3 shift bagi mengelakkan kesesakan. Mengapa di negara kita yg dipenuhi Dewan Serbaguna, Dewan Sekolah, Surau2, padang2 bola tidak dijadikan tempat solat?

Kita teruja hanya dgn hafalan ayat2 Al Quran. Sdgkan Umar Al Khattab terpaksa menyerahkan kembali jawatan Ketua Perang kpd Khalid Al Walid. Umar mengaku Khalid itu adalah General Perang terbaik walaupun Khalid bukan dikatogerikan sebagai ulama atau ilmuan agama.

Pemimpin2 parti agama ini tahu pengikut mereka mudah dijinakkan dgn hujah yg cukup sekadar bijak bermain bahasa Arab. Mereka tahu level pemikiran pengikut2 mereka yg tidak keterbukaan, kurang ilmu dan berfikir. Doktrin puluhan tahun mereka adalah parti syurga telah membuatkan org Melayu semakin kebelakang seperti kata Pendita Za'aba.

Sangat mudah menguruskan parti agama ini. Dahulu waktu bermusuh dgn UMNO mereka kafirkan tanpa hujah bagaimana utk menguruskan ekonomi negara. Kini pun mudah dan hujah mereka kpd pengikut agar setia mudah iaitu ratib sahaja DAP DAP DAP. Selesai masalah.

Sila fahami gambar tersebut. Jika kita tidak mengusai ilmu... nasib kita ( rakyat ) seperti di bawah. Bersuaralah bukan merusuh kerana zaman skg suara itu penting kerana musuh akn ditewaskan bukan di jalan raya, serang hendap atau berlawan pedang lagi tetapi hanya di atas kertas. Jika kita berdiam kita semua akn terus menjadi hamba dan kita diperlakukan secara kapitalis.