DAH BIASA LAIN TANYA LAIN JAWAB .....Dialog 3 penjuru Astro Awani: Lain yang ditanya, lain pula yang dijawab Hadi

 


Dialog 3 penjuru Astro Awani: Lain yang ditanya, lain pula yang dijawab Hadi

Dialog 3 Penjuru Astro Awani . Nampak tak, Hadi Awang Duta Khas Kesayangan Mahiaddin gagal menjawab apa yg ditanya oleh moderator. Tanya lain jawab lain. Sehingga satu ketika , moderator terpaksa mengulang soalan kpd Duta Khas PM ini agar menjawab soalan yg diberikan , namun Hadi masih gagal menjawab soalan terbabit .

Aduhai , beginikah kualiti Duta Khas yg dibangga banggakan oleh kerajaan PN? Nyata benar apa yg aku jangka kan dlm Sesi Dialog 3 Penjuru ini bahawa Hadi Awang gagal menunjukkan kredibilitinya sesuai dengan jawatan yg beliau sandang sekarang, Duta Khas Timur Tengah .

Jika Hadi gagal utk bersoal jawab dlm sesi dialog ini maka bagaimana beliau mahu mempengaruhi OIC dan kepimpinan Arab dlm isu kemanusiaan Palestin. Bagaimana beliau mahu mempengaruhi negara negara Arab utk mengambil tindakan bersama yg lebih keras keatas Yahudi . Semuanya hanya tinggal harapan kerana Duta Khas ini gagal menunaikan tanggungjawabnya sama seperti kerajaan yang ada hari ini …..mereka GAGAL mempamerkan kualiti dan kebertanggungjawaban sbg pemimpin yg layak sesuai dengan tuntutan agama . Selayaknya Duta Khas ini meletakkan jawatan dan berikan kepada mrk yg lebih layak.

Firman Allah SWT didlm Surah An Nisa Ayat 58 ;

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.
Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Allah mahukan hanya yg layak , yg kuat , yg bijak dan yg bertanggungjawab (amanah) memikul jawatan sbg pemimpin. Jika tidak layak tetapi masih mahu memikul tanggungajwab maka mrk hanya mengundang kemurkaan Allah .

Lihat shj Tun Dr. Mahathir bagaimana beliau mengupas setiap soalan yg ditanyakan moderator , tepat memenuhi kehendak soalan . Didlm usia Tun yg sudah mencapai 95 tahun , beliau lebih tangkas dan bertenaga menjawab semua soalan dan mampu memberikan hujahan yg cukup relevan, tegas dan tepat ! Inilah pemimpin yg kita mahukan .

Syabas Tun , syabas Datuk Dr. Afifi , kedua dua panel Dialog 3 Penjuru telah berjaya mempamerkan kualiti ‘leadership’ yg membanggakan . Nasihat saya kpd Hadi Awang , turuti lah apa yg Allah firmankan seperti didlm Surah An Nisa Ayat 58 , berikan kpd mrk yg lebih layak. Anda sebenarnya sudah tidak mampu utk memikul tanggungjawab sbg pemimpin. Allah akan lebih sayang kpd Hadi Awang jika memilih utk mengundurkan diri.

Akhir kata , saya ingin sama kongsikan apa yg pernah Baginda SAW peringatkan soal kepimpinan .

Kepemimpinan adalah suatu amanah yang besar serta menjadi kewajipan untuk melaksanakannya. Baginda SAW mengingatkan sahabat untuk menjauhi sesuatu jawatan pada tampuk pemerintahan kerana bebanan besar yang akan ditanggungnya pada hari kiamat.

Baginda SAW pernah menasihati Abu Zarr yang memohon jawatan: “Wahai Abu zarr, engkau tidak mampu sedangkan jawatan adalah amanah. Ia adalah penghinaan dan penyesalan di hari kiamat melainkan mereka yang menguruskannya dengan cara yang betul.” (Riwayat Muslim)

Sekian
Kamaruzaman