Kerajaan setuju peraturan lebih ketat bagi sektor ekonomi, sosial
PETALING
JAYA: Kerajaan bersetuju mengetatkan pelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) 3.0 dengan mengetatkan sektor ekonomi dan sosial bagi membendung
penularan Covid-19.
Keputusan
itu dibuat menerusi Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang
dipengerusikan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
“Mengambil
kira perbincangan dan penelitian dalam Sidang Khas pada hari ini, mesyuarat
sebulat suara bersetuju mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang
berkuat kuasa dengan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi
dan sosial,” kata yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.
“Sidang Khas ini turut melibatkan kerajaan negeri bagi mengambil
kira situasi semasa di negeri masing-masing serta pandangan mereka terhadap
usaha untuk mengekang penularan Covid-19,” katanya.
Katanya, keputusan mengetatkan lagi sekatan itu dibuat
memandangkan penularan dalam komuniti yang semakin meningkat dan kewujudan
varian baharu lebih agresif dengan kadar kebolehjangkitan tinggi menyebabkan
usaha melandaikan lengkung jangkitan mengambil masa lebih panjang walaupun SOP
ketat PKP 3.0 telah diperkenalkan.
Terkini jumlah harian jangkitan Covid-19 dilaporkan sekitar
6,000 kes dengan angka kematian juga meningkat sekitar 50 orang sehari.
Katanya, perincian lanjut mengenai sekatan tambahan itu akan
diumumkan Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob esok.