SOP DILIHAT HANYA MENJAGA KEPENTINGAN ORANG KAYA...

 

Kita takut Covid19 atau takut nombor?


May be an image of one or more people and text that says "Kurang cerdas dapat diperbaiki dengan belajar, Kurang cakap dapat dihilangkan dengan pengalaman, Namun Tidak Jujur itu Sulit diperbaiki. Bung Hatta"


NORMAN RADZUAN


SOP DILIHAT HANYA MENJAGA KEPENTINGAN ORANG KAYA...

Saya paling benci mendengar ayat...'Covid is real!'. Seolah olah kita Melayu atau rakyat Malaysia ini tinggal di Planet Marikh tidak mengenali Covid19. Saya tidak pernah mendengar org Malaysia tidak percaya Pandemik Covid19 ini tetapi yg mereka tidak percaya cara ia diuruskan kerajaan.

Telah byk artikel saya menulis mengenai Pandemik Covid19 ini berdasarkan cara negara luar menguruskan, berdasarkan pendapat pakar2 luar negara dan keadaan negara kita sendiri. Telah byk juga nasihat2 kita berikan kpd kerajaan seperti jgn membuka sekolah dan sebagainya. Tindakan bodoh juga yg diambil Bapa Menteri.

Kali ini saya ingin memfokuskan isu kemarahan rakyat. Cukuplah betapa marahnya rakyat kpd kerajaan ini apabila berlaku pertandingan 2 penjuru dari hampir 16 ribu mengundi 94%, mengundi Rambutan berbanding Muhyiddin. Kemarahan berganda apabila lebih 20k rakyat Malaysia meminta Neelofa dipenjarakan kerana dilihat sering melanggar SOP.

Rakyat marah bila ada Tim Menteri boleh tinggal di luar negera berbulan bulan lamanya sdgkan rakyat ingin merentas daerah pun tidak boleh. Rakyat marah bila Menteri, Ustaz popular, artis sesuka hati melanggar SOP....ada yg tidak diambil tindakan atau mengambil masa berbulan bulan lamanya utk siasatan sdgkan rakyat disaman serta merta. Malah ada yg hanya mask dibawah hidung terus disaman.

Rakyat marah kenapa bila PKP 2.0 hanya peniaga2 kecil dilarang berniaga sdgkan tauke Genting Highland masih boleh menjalankan operasi perniagaan. Bukan itu sahaja... dikhabarkan pekerja2 Genting Highland telah mendapat keistimewaan divaksin lebih awal. Lebih membuat rakyat meluat apabila berlaku kes mendadak di Kedah kerana dibawa oleh pelancong dari negeri tersebut ke Genting Highland tetapi pihak KKM tidak meletakkan mereka sebagai Kluster Genting sepertimana kluster2 lain.

Begitu juga apabila PKP 2.0 rakyat dikurung sekali lagi dgn sektor perniagaan kecil org Melayu byk ditutup tetapi kilang2 yg merupakan kluster terbesar Covid19 terus beroperasi. Di mana lojiknya KKM dan MKN berbuat demikian?

Apabila ada sedikit penurunan angka kes selepas PKP 2.0, kerajaan tanpa mendengar suara rakyat terus ingin membuka sesi persekolahan yg impaknya tidak sampai 2 bulan dibuka, beratus guru dan pelajarnya dijangkiti Covid19 di seluruh negara. Sekolah dibuka tanpa perancangan rapi sdgkan di Singapura utk solat hari raya pun mereka memikirkan kaedah terbaik utk rakyatnya.

MAMPUKAH RAKYAT BERTAHAN PKP 3.0?

Persoalannya skg mampukah rakyat bertahan jika PKP 3.0 dilakukan. Rata2 org kerajaan mahukan PKP. Sebabnya mereka tidak merasai apa yg dirasakan peniaga kecil dan sederhana yg sudah kerugian puluhan dan ratusan ribu angkara PKP1.0 dan PKP2.0.

Kakitangan awam panik dgn nombor tetapi peniaga2 kecil dan pekerja swasta panik jika PKP dikuatkuasakan. Peniaga2 kecil (PKS) mikro akan kehilangan saving dan mungkin perniagaan ditutup manakala pekerja2 gaji harian apa lagi yg tinggal buat mereka?

Kita boleh lakukan PKP 3.0 tetapi kena adil. Kakitangan awam ditolak 50% pendapatan mereka utk diberikan kpd peniaga kecil sebagai satu bentuk subsidi...bagaimana setuju? Pasti kakitangan awam menolaknya. Begitulah juga dgn peniaga kecil dan sederhana mereka pasti menolak PKP3.0 ini dilakukan sekali lagi.

KETELUSAN

Rakyat sebenarnya sudah tidak mempercayai kerajan menguruskan Pandemik ini. Malah pujian dan kepercayaan kpd KP Kesihatan TS Noor Hisham semakin terhakis. Bukan sahaja kerana peningkatan kes tetapi sokongannya kpd Darurat telah membuatkan rakyat melihat beliau seperti org politik dan bukan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan.

Apa bezanya Darurat dgn PKP? Yg kita lihat Parlimen tidak boleh bersidang dan kerajaan boleh menggunakan wang rakyat sesuka hati mereka. Darurat sebenarnya tiada kena mengena dgn Pandemik ini tetapi jelas ia hanya utk tujuan politik.

Kerajaan juga dilihat seperti bermain politik apabila tiada ketelusan pengurusan mereka dgn kerajaan negeri pembangkang. Kengganan KKM berkongsi data kes kpd kerajaan Selangor seperti membuatkan mereka bertinju dgn mata tertutup (menurut Dr Dzul). Apa masalah KKM tidak mahu berkongsi maklumat demi kesejahteraan rakyat Selangor?

Selepas Sabah kini mata tertumpu kpd negeri Selangor. Kenapa kes Selangor naik mendadak? Kes Selangor naik mendadak kerana ujian Covid dilakukan secara besar besaran sepertimana berlaku di Singapura dahulu.

Sepatutnya KKM melakukan vaksin secara besar besaran di negeri tersebut dan bukan melakukan ujian secara besar besaran. Sudahlah tidak mahu memberi maklumat kpd task force kerajaan negeri Selangor, akhirnya rakyat kini mulai panik dari kerajaan yg celaru, gagal dan yg mengkhianat rakyat.

Apakah sengaja mahu kes melonjak utk mendapatkan nombor?

ADAKAH ADA UDANG SEBALIK BATU?

Kegagalan PKP 2.0 dan desas desus kemungkinan berlakunya PKP 3.0 rakyat mula meragui dan memikirkan adakah ia agenda tersembunyi politik?

Rakyat mula bertanya adakah angka yg tiba2 meningkat naik ini sepertimana 'modus operandi' PKP2.0 yg membawa Malaysia moden ke arah darurat? Umum mengetahui tempoh darurat yg ada skg akn berakhir tidak sampai 80 hari lagi iaitu 1hb Ogos.

Seperti PKP 2.0...kerajaan membuka sektor ekonomi seluas luasnya sehingga jutaan rakyat Malaysia merentas negeri melancong ke sana sini. Tidak sampai sebulan terus kes naik mendadak. Samalah dlm keadaan skg kerajaan benarkan sekolah2 dibuka (pergerakan jutaan pelajar dan ibu bapa ), benarkan acara keagamaan dan sebagainya...kes terus naik mendadak.

Adakah dilakukan PKP 3.0 akn membawa kita kpd kesinambungan tempoh darurat yg tiada mengena dgn pandemik ini? Jika benar ia berlaku pasti rakyat semakin yakin ia adalah agenda politik. Malah rakyat langsung tidak akn mempercayai lagi kerajaan menguruskan Pandemik ini.

Setiap kali angka meningkat rakyat disalahkan. Suruh rakyat 'Stay at home' rakyat sudah lakukan. Rakyat langgar SOP disaman sudah dilakukan. PKP 1.0 sudah, PKP 2.0 pun sudah walaupun ratusan ribu hilang perniagaan dan pekerjaan.

Jadi apa lagi yg rakyat perlu lakukan? Kerajaan tak pernah meletakkan kesalahan mereka double standard dlm melaksanakan SOP dan kelewatan operasi pemvaksian.

PASTIKAN KERAJAAN DAN RAKYAT BERSEDIA

Jika kerajaan benar2 ingin melakukan PKP 3.0 pastikan kerajaan bersedia dan rakyat bersedia. Kerajaan mesti bersedia apa yg diperlukan rakyat. Mungkin kerajaan perlu benarkan 5% lagi I-Sinar dikeluarkan oleh pencarum dan 1 bulan moratarium.

Jgn terus melakukan PKP tanpa memberikan apa2 backup kesinambungan hidup kpd rakyat. Rakyat sdg menderita jgn tambah penderitaan mereka lagi.

Akhir kata saya bersetuju dgn pandangan Dr Dzul dan Dr Siti Mariah total lockdown tidak diperlukan di Selangor kerana memikirkan ramai rakyat Selangor memohon kerajaan negeri memikirkan periuk nasi mereka. Yg patut dilakukan ialah kesedaran kpd rakyat utk terus menjaga SOP.

Yg patut dipersalahkan sudah setahun Pandemik ini bagaimana kerajaan masih tidak mempunyai kelengkapan katil atau ventilators? Di mana bajet berbillion utk Pandemik ini? Susah sgt ke utk menempah katil bagi menempatkan mereka yg positif.

Utk pesakit stage 1/2 bagi saya mudah diatasi, mereka masih boleh diletakkan di Dewan2 yg begitu byk di negara kita. Di setiap daerah berbelas Dewan ada dan hanya diperlukan katil utk dikuarantin utk tempoh 7-8 hari sahaja. Stage 4/5 yg kerajaan perlu fikirkan dari dulu lagi seperti keperluan ventilatorsnya.

Anda pula bagaimana...mahu total lockdown 21 hari atau teruskan seperti skg dgn mengetatkan SOP sahaja? Adakah anda merasakan Darurat akan disambung? Tepuk dada tanya selera...

Saya bertanya sb saya juga sedikit keliru kerana ada yg divaksin 2 kali masih positif, di Indonesia yg sudah divaksin 2 kali ada yg positif dan meninggal. Yg positif pula stage 1/2 hanya dikuarantin tanpa ubat dan boleh sembuh sendiri. Ada pelajar pula tinggal serumah 5 org dan duduk sebilik hanya seorang kena yg lain negatif...?

Lalu saya bertanya bagaimana ia berjangkit..adakah kita akn terus bersembunyi di rumah hingga jadi papa kedana dan ada yg mati kelaparan memandangkan Pandemik ini akn berakhir dua tiga tahun lagi? Atau teruskan dgn SOP dan meredhai mereka yg pergi meninggalkan kita demi menyelamatkan jutaan yg lain?

Adakah jika kita melakukan total lockdown ada jaminan tiada berlaku fourth wave covid dan seterusnya PKP4.0 sdgkan jika berlaku PKP3.0 puluhan ribu akn hilang punca pendapatan? Jika risiko vaksin kita boleh menerima kerana peratusan yg kecil mengapa tidak menerima risiko Covid?

SEMOGA ALLAH MELINDUNGI KITA DARI WABAK INI... AMIN.

 

No comments: