PAS Perak nafi keluar arahan seruan solat hajat untuk Paul Yong

 

PAS Perak nafi keluar arahan seruan solat hajat untuk Paul Yong


PAS Perak menafikan sekeras-kerasnya dakwaan fitnah yang telah ditularkan oleh Harakatdaily yang sedang berlegar di media sosial melalui pautan asal twitter Harakatdaily yang dinaikkan pada 7 Mac 2021 jam 12 tengah.

Untuk makluman semua pihak, tidak ada sebarang arahan dikeluarkan oleh PAS Perak kepada ahli PAS berkenaan perkara tersebut.

PAS Perak turut mengecam tindakan Harakatdaily yang cuba mengelirukan orang ramai dengan identiti seakan Harakahdaily serta telah banyak mengeluarkan propaganda murahan serta kenyataan-kenyataan fitnah terhadap PAS sebelum ini.

Pendirian PAS Perak adalah jelas tidak mencampuri sebarang urusan mahkamah. Bagi PAS Perak Mahkamah berhak untuk mengadili mana-mana individu secara bebas dan adil tanpa campur tangan mana-mana pihak.

PAS Perak akan membuat laporan polis supaya fitnah yang disebarkan oleh Harakatdaily ini diambil tindakan oleh pihak berwajib bagi menutup pintu fitnah yang sedang dimainkan.

Hafez Sabri
(Ketua Penerangan
PAS Negeri Perak)



No comments: