SIAPA PAYUNG SIAPA
Tamrin Tun Ghafar
Khamis - 25/02/21
( 1 - 18 )
1. " Mesyuarat Raja - Raja di tangguh ke 30 Jun kerana PKP " - itulah tajuk lapuran Malaysiakini pada hari Selesa lepas bersamaan 23hb Februari 2021
2. Bersama tajuk tersebut disertakan gambar YDP Agung sedang dipayungkan - itu sebenarnya adalah sebahagian adat istiadat yang digunapakai sekian lama bagi melindungi Raja apatah lagi Agung dari terkena pancaran matahari atau percekan hujang
3. Melihat gambar tersebut ia terus mengimbau kembali tulisan saya bertajuk :
TALIAN HAYAT TERAKHIR
pada Ahad 21/02/21 di perengan 6 yang menyentuh tentang beberapa 'Bil Board' besar di 2 buah negeri dengan mesej :
'Raja Adalah
Payung Rakyat'
4. PKP adalah sengketan PERINTAH KAWALAN PERJALANAN atau dalam bahasa Inggerisnya MCO yang bermaksud MOVEMENT CONTROL ORDER
5. Atas sebab PKP maka Mesyuarat Majlis Raja - Raja yang sepatutnya bersidang selama 2 hari TERPAKSA di tunda ke 30hb Jun 2021 seperti yang dinyatakan
6. Dengan anjakan selama 4 bulan apakah ia bererti Agung dan Raja - Raja Melayu sudah dimaklum dan diyakinkan oleh Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan bahawa peneluaran wabak COVID 19 ini PASTI akan berakhir , dan ketika itu TIDAK PERLU lagi PKP seperti selama ini sehingga menyebabkan Mesyuarat Majlis Raja - Raja pun TERPAKSA ditangguh
7. Sebenarnya kenyataan Pegawai Istana Negara berhubung penangguhan tersebut MENGGUNDANG KRITIKAN kerana ianya TIDAK MASUK AKAL dan TIDAK BOLEH diterima rakyat
8. Takkanlah Raja - Raja HANYA dimaklumkan tarikh Mesyuarat tersebut seminggu dua sebelum itu dan di tangguh atas alasan PKP sehari SEBELUM Mesyuarat sedangkan PKP telah dilaksanakan sejak setahun yang lepas
9. Mereka berkata budak - budak sekolah pun akan ke sekolah tak lama lagi asalkan mengikuti SOP begitu juga Kasino Genting , Pasar Malam dan Restoran dan banyak lagi kelonggaran diberi
10. Mungkin Agung dan Raja - Raja hendak menjimat wang rakyat kerana bagi mengganjurkan Tele Conference bulan Nobember dahulu bagi Persidangan APEC Kerajaan berbelanja RM200 juta
11. Kita bersyukur AKHIRNYA Agung perkenan Parlimen boleh Bersidang mengikut masa yang difikirkan sesuai ATAS NASIHAT Perdana Menteri ; semuga PERSETUJUAN ini BUKAN merupakan satu taktik Muhyiddin bagi menurukan suhu kemarahan rakyat
12. Apa yang di TUNTUT Rakyat ialah :
i. PEMBATALAN SERTA MERTA Perintah Darurat
ii. Agung MENASIHAT atau MENGARAH KAN Muhyiddin yang TIDAK PUNYAI sokongan MAJORITI Ahli Parlimen MESTI MELETAK Jawatan dalam Bulan Februari ini juga ; lagi pun BUKAN amalan kita kerajaan di ujudkan MELALUI PINTU BELAKANG , dan tidak secara langsung ia MENCEMAR reputasi Institusi Raja - Raja Melayu seolah - olah mereka BERSUBAHAT dengan Perompak dan Pengkhianat ini
13. JANGAN LAH SEBAB NILA SETITIK IA MEROSAKAN SUSU SEBELANGA - JANGAN SEBAB DIA SEORANG MAKA IMEJ NEGARA KHUSUS NYA INSTITUSI RAJA - RAJA TERCEMAR
14. Ada yang mengatakan jika Mat Sejuk atau Abahcow ini boleh jadi Perdana Menteri , ramai lagi yang lebih BERKELIBER dari beliau yang boleh diangkat
15. Agong MESTI menjemput dan mendengar Tun Dr. Mahathir , Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim bagi membuat penilian
16. Rakyat kini DAHAGAKAN payung bagi MELINDUNGI DAN MENYELAMATKAN mereka dan nagara
17. Lebih 700, 000 sudah hilang pekerjaan , hutang negara kini sudah mencecah RM1.3 Trillion dan banyak kilang - kilang besar berpindah ke negara - negara jiran
18. Seperti kata - kata dan mesej di 'bil board' yang didirikan
'Raja Adalah
Payung Rakyat'
maka diharap Agung dan Raja - Raja Melayu BERTEGAS dan MENGGAMBIL TINDAKAN DRASTIK MEMBANTU MAJORITI RAKYAT bukan mempertahan dan melindungi mereka yang MENGKHIANATI undi rakyat
Wassalam
Terima Kasih