KISAH BENAR DARI YB FAUZIAH SALLEH

 

KISAH BENAR DARI YB

Fuziah Salleh

.


Fuziah Salleh appointed new PKR women's chief | The Star



1. Mengapa Mahathir enggan serah jawatan kepada Kak Wan, walaupun sebagai PM Interim?

2. Mengapa Mahathir enggan dengar nasihat Agong untuk tidak lepaskan jawatan sehingga kabinet terbubar?

3. Mengapa Mahathir menolak untuk hadir sidang media bersama 114 MP yang sokong PH sebelum Muhyiddin angkat sumpah?

4. Mengapa Mahathir enggan memaklumkan hasratnya untuk meletakkan jawatan kepada Majlis Presiden PH?

 

Jawapannya hanya satu. Mahathir memang mahu PH tumbang dan tidak mahu Anwar jadi PM. Beliau memang mahu beri ruang terbuka luas untuk pengkhianat rampas mandat rakyat.

 

Maka, haram bagi mana-mana pihak terutamanya dalam PH ingin membawa Mahathir bapak segala pengkhianat ini untuk berada atau bersama dalam PH. Mana-mana pihak yang ingin juga bawa Mahathir, sila berambus dari PH.


W.FAUDZIN

 


Satu tahun lalu

9 Pagi - 24/2/2020

Awal pagi saya telah masuk ke Pejabat Timbalan Menteri di JPM bertempat di bangunan JAKIM tingkat 9. Siap sign surat apa yg patut. Bawak barang-barang peribadi keluar. Kemudian tukar kereta terus guna kereta peribadi dan pemandu dari kalangan ahli parti. Tinggalkan driver rasmi dan pengawal peribadi yang terpinga2 serta pegawai yang tak tahu hujung pangkal. Malah ada yang menangis dan saya sempat pesan kepada pegawai2 saya sekiranya saya tak masuk balik ke pejabat nanti, supaya jaga diri baik2 dan teruskan segala perancangan kerja. Memang mereka tak tahu hujung pangkal ketika itu.

Kemudian saya terus ke ibu pejabat parti. Kereta rasmi di serahkan beserta kunci. Kami ada mesyuarat tergempar di HQ bersama Presiden.

Kami dah dapat maklumat dari malam sebelumnya sewaktu pengkhianat berkumpul di Sheraton bahawa PM akan letak jawatan pada hari tersebut. Akan tetapi maklumat kami ketika itu ialah PM akan serahkan kuasa Perdana Menteri Interim kepada Kak Wan selaku TPM.

Namun yang berlaku ialah berbeza. Beliau sendiri yang jadi PM interim. Walaupun YDPA meminta beliau untuk tidak letak jawatan (disebut sendiri oleh YDPA di dalam ucapan di Parlimen dalam titah di Raja) namun PM teruskan hasrat beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan justeru itu seluruh jawatan kabinet terbubar.

Beliau boleh sahaja letak jawatan secara berseorangan dan menyerahkan tampok kepimpinan kepada Kak Wan selaku TPM ketika itu, namun dia pilih untuk jatuhkan seluruh kerajaan PH.

Seterusnya ialah sejarah seperti yang kita semua ketahui.

Kami kesemua Ahli Parlimen KEADILAN berkampung di Eastin Hotel selama seminggu sehinggalah 1 mac 2020

Di pagi 1 Mac tersebut sebelum TSMY angkat sumpah kami ada 114 nama yang menyokong pihak kami dan kami berhasrat untuk membuat kenyataan media di mana kesemua 114 Ahli Parlimen hadir

Akan tetapi Tun M tak mau..

Jelas kini pada hari ini apabila mengimbau kembali jalan cerita jatuhnya kerajaan PH bermula dengan langkah Sheraton. Ya ada ramai pengkhianat.. di sebalik kisah kejatuhan PH

Namun saya tak kesal hilang jawatan

Saya telah lakukan yg terbaik selama 22 bulan cuma saya ralat bahawa mandat rakyat pada PRU14 telah di khianati.

Hidup Rakyat!

Semoga Allah Memberkati dan Redha di atas Segala Sumbangan saya dan Pasukan ketika Memberi Khidmat di Jabatan Perdana Menteri.

 

No comments: