AKHIRNYA JELAS PARLIMEN BOLEH BERSIDANG SEWAKTU DARURAT.

 


May be an image of text



OK. SEKARANG jelas bukan? Parlimen boleh bersidang sewaktu Darurat. Saya pernah post berkaitan ini tapi elok dikemaskini kerana kenyataan terbaru dari Istana ini.

Saya dan ramai para penyokong PH pernah mempersoalkan samada Darurat menggantung Parlimen atau tidak? Kena faham betul-betul.....KITA TIDAK MEMPERSOALKAN Kuasa YDPA mengisytiharkan Darurat.

Kita hanya mempersoalkan adakah benar Darurat ini menggantung Parlimen? Hari ini YDPA mengesahkan Parlimen BOLEH bersidang. DSAI dan PH juga hanya mempersoalkan keabsahan NASIHAT Abah Kau kpd YDPA utk mengisytiharkan Darurat.

Pimpinan PH termasuk YB Dr. Aziz Bari dan YB William Leong adalah antara yg paling awal mempersoalkan samada PD2021 boleh menggantung Parlimen? Mereka sependapat bahawa ia boleh dicabar dari sudut perundangan kerana Parlimen pernah bersidang ketika Darurat.

Iswardy Morni berpendapat bhw meskipun Darurat tidak menggantung Parlimen tapi Ordinan 14.(1)(b) dalam Warta PD2021 telah menggantung Parlimen. Itu hanya sudut pandang dia.

Manakala sebelum itu Dr. Aziz Bari mempersoalkan "intention" Ordinan 14.(1) itu sendiri yg boleh ditakrifkan sebagai "MELUMPUHKAN" kuasa YDPA dalam soal memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen.

Jika dibaca betul-betul Ordinan 14.(1)(b) : "...........pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong", bukankah ini menunjukkan YDPA tidak pun perlu "nasihat" PM dalam hal ini tapi atas budi bicara YDPA sendiri?

Ini antara persoalan yg timbul. Ia perlu ditafsirkan dgn tepat dan tuntas oleh Pihak yg BERAUTORITI.

Cuba baca Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, bukankah itu sememangnya kuasa YDPA yg diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan? Adakah sah ANDAI kuasa YDPA ini "dilumpuhkan" oleh PD2021 TANPA merujuk kpd Majlis Raja-raja?? Saya teringat perkara ini pernah dipersoalkan oleh Dr. Aziz Bari samada tindakan Abah Kau itu telah menyentuh Perkara 38(4)???

Complicated bukan? Too technical? Description: 😁Apapun...hujah kita benar bahawa Parlimen boleh bersidang sewaktu Darurat. Apa Abah Kau dan KERAT PN nak bagi alasan skrg?

Vaksin pun sudah ada bukan? Anak2 sekolah sudah boleh bersekolah takkan le Parlimen tak boleh bersidang? 55,000 org GURU dijadualkan akan disuntuk vaksin sebelum sekolah dibuka. Tak bolehkah Ahli-ahli Parlimen disuntik vaksin COVID-19 sebelum Parlimen dibuka? Takkan tak boleh? Ironi bukan?

Wallahualam.

- Zus Din

24 Februari 2021

 

No comments: