Setelah 2 bulan laksana PKP, baru kerajaan sedar hanya perlu kawal rentas negeri dan daerah sahaja

 


Setelah 2 bulan laksana PKP, baru kerajaan sedar hanya perlu kawal rentas negeri dan daerah sahaja

DAH 2 BULAN LAKSANA PKP , BARU KERAJAAN SEDAR HANYA PERLU KAWAL RENTAS NEGERI DAN DAERAH..AKHIRNYA KERAJAAN BUNUH EKONOMI RAKYAT..

Baca laporan Akhbar tadi, Kata Ismail Sabri.. Tindakan Kerajaan mengawal sempadan dan Rentas Daeraah dan Negeri Berjaya turunkan Kes.. Bayangkan, Dah 2 Bulan buat PKP, baru sedar rupanya hanya perlu kawal rentas Negeri dan Sempadan..

Aku sejak awal, Sebelum PKP dan nyatakan.. Jelas tajuk aku tulis, Kerajaan tak Perlu Laksana PKP, Cukup kawal rentas Negeri dan Daerah..Dalam keadaan Kes melebihi 2K…Sebab antara faktor pertambahan kes RT atau kebolehjangkitan tinggi, Sebab aktviti Sosial seperti kenduri kendara dan rentas Negeri yang tidak terkawal..

Tapi apa kesannya ? Kerajaan telah membunuh EKonomi Rakyat..Peniaga kecil,IKS terutama sektor F&B terkesan teruk dari perlaksanaan PKP.. Bagi peniaga, ada yang terhutang dengan Pembekal.. ada produk Mereka susut nilai.. Ada yang terbeban dengan Tunggakan sewan dan Ansuran Bulanan Bank..

Apa penyelesaian Kerajaan..Hanya GKP RM 1 ribu.. Tetapi kesan teruk..Amat teruk..banyak Penriagaan yang tutup..Pelabur lari.. ramai yang kehilangan Pekerjaan.. Kesannya akan memburuk 3 Bulan lagi.. Akhirnya konon nak bantu kuasa Beli rakyat..

Sekali lagi buat kerja bodoh, Benarkan pengeluaran KWSP tanpa Syarat.. Peniaga, Mereka yang berhutang..Sektor Pekerjaan dibiarkan macam tu Saja..Setiap Bulan ada saja Hutang baru dari Kerajaan, Maksudnya Perbelanjaan Kerajaan tidak dapat ditampung dari hasil pendapatan..

Hari ini yang dah keluarkan Sinar pasti terbit rasa penyesalan.. Ekonomi tetap tidak berubah..Sebeanrya tanpa pengeluaran KWSP..kerajaan mampu suntik Modal dan bantuan, Jika dia laksanakan secara bersasar.. lebih RM 40 ansuran Bilion melalui I Lestari tamat April ini.. Akan disambung dengan pengeluaran Sinar lebih RM 100 billion untuk 6 Bulan akan datang bagi menutup krisis EKonomi yang teruk..

Tapi Bagi PM tebuk Atap.. Apa yang penting..Dia dapat Laksanakan Dharurat..mengekal dan memanjangkan tempoh kuasa yang dia dapat melalui Jalan Khianat.. Tapi yang menerima akibatnya adalah Rakyat..

Bagi aku, Hujung Tahun ini Ekonomi akan semakin teruk.. Dan PM tebuk atap mahu atau tidak, mereka akan cuba memaksa rakyat mengambil vaksin.. Proses Vaksinisasi ini tidak mudah disangka..Jumlah rakyat 32 Juta..Vaksin yang diterima belum pun melebihi setengah Juta.. Jadi apakah PM tebuk atap akan terus Gagal ? Masa akan menentukannya..

Ipohmali



No comments: