Lagenda sukan tinju itu sudah mula menjual ganja sejak 2016 melalui label Tyson Holistic. Melalui perniagaan yang menawarkan ganja jenis premiun itu sahaja, dia berjaya menghasilkan RM2 juta setiap bulan.
Selain daripada itu, dia juga sedang membangunkan pusat percutian di tanah yang sama dan bercadang untuk menjadikan tempat itu sebagai kawasan festival muzik. Tyson juga bercadang untuk membina Tyson University yang akan memberi pendidikan kepada petani mengenai penanaman ganja.
Setelah bertahun-tahun bergelumang dengan dadah, Tyson, yang kembali ke gelanggang tinju menentang Roy Jones Jr pada November lalu, merasa selesa dengan penggunaan ganja.
Tyson mengakui bahawa mengambil ganja menjadikan seseorang itu lebih tenang dan disebabkan itu, dia memilih untuk bekerjasama dengan ahli perniagaan Rob Hickman empat tahun yang lalu dengan tujuan untuk mengubah hidupnya dan mengenali selok belok perniagaan ganja.
Rancangan untuk membina kerajaan ganja hadir pada 2018, Tyson mendedahkan bahawa dia mahu mengembangkan perniagaannya kepada taman tema yang bertemakan ganja pada tanah seluas 169,5168 hektar.