Disember 12, 2020 10:57 MYT
KUALA LUMPUR: Khabar angin bertiup kencang mengatakan
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan cuba meyakinkan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
bahawa beliau mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi dari kalangan Ahli
Dewan Rakyat.
Sumber dalaman PKR
memberitahu Astro AWANI bahawa beliau sudah mempunyai 113
sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD).
Dengan jumlah
tersebut, ia sekali gus memberi peluang kepada Anwar, yang juga Pengerusi
Pakatan Harapan dan Presiden PKR, untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional
pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Menurut sumber itu lagi,
Anwar sedang dalam perancangan untuk memohon perkenan mengadap Agong di Istana
Negara dalam masa terdekat.Bagaimanapun ia tertakluk kepada jadual Tuanku
Baginda,” menurut sumber itu lagi.
Dalam satu sidang
media khas pada 23 September lepas, Anwar dilaporkan sebagai berkata beliau
sudah mempunyai jumlah sokongan yang disifatkan “kukuh dan meyakinkan” untuk
menjadi Perdana Menteri baharu.
Beliau kemudian
diperkenan mengadap Agong pada 13 Oktober, dan telah mempersembahkan dokumen
yang didakwa mengandungi butiran sokongan majoriti Ahli Parlimen yang
diperlukan.
Bagaimanapun Datuk
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam
kenyataan susulan berkata, Anwar tidak mempersembahkan senarai nama Ahli-ahli
Parlimen yang didakwa menyokong beliau.
“Sehubungan itu,
Al-Sultan Abdullah telah menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk akur dan
menghormati proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan,” katanya lagi.
Dalam pada itu seorang
pegawai menteri memberitahu Astro AWANI bahawa usaha terbaharu
Anwar itu bukan sekadar khabar angin.
“Dengarnya usul itu
akan cuba digerakkan sebelum Dewan Rakyat tamat pada Khamis depan (17 November,
2020).
“Berkemungkinan Anwar
akan umum perkara ini esok atau lusa. Tetapi kami dengar ia akan berlaku
sewaktu 3rd reading Budget (Bacaan Kali Ketiga Rang
Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021, hari Selasa. Heard this
time with SDs (kali ini dengan SD),” katanya ketika dihubungi Astro
AWANI.